ELAK MAKAN BUKAN PENYELAMAT KEPADA OBESITI
08:11
ASSALAMUALAIKUM
Hye uollss bertemu lagi kita pada new entry. Kali nie zya ada kelapangan dan kerajinan untuk membuat satu entry pasal obesiti. Hal ini amat penting kerana ia melibatkan kesihatan kita juga. Lagipun entry ni ada kaitan dengan adik zya, so pengalaman yang dialami dia yang zya nak kongsikan di sini.
Ok mari kita kenal dari manakah punca berlakunya obesiti ini?
??
Hampir sebahagian besar masalah obesiti berpunca daripada
faktor luaran, iaitu pemakanan. Pemakanan yang berlebihan, terutamanya
makanan yang mengandungi kalori, lemak dan gula yang tinggi boleh
menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, sikap malas bersenam juga
boleh menjadi penyebabnya. Apabila tubuh menerima makanan yang banyak,
sepatutnya ia diimbangi dengan senaman yang berterusan. Kesibukan
bekerja dan sikap malas melakukan aktiviti atau gerakan antara faktor
yang boleh menyebabkan kegemukan dan obesiti. Hal ini lebih ketara jika
penghidap bekerja di pejabat dan kurang melakukan aktiviti kecergasan.
Selain makanan, punca obesiti boleh juga disebabkan oleh ubat-ubatan
seperti steroid atau suplement yang lain tanpa pengawasan doktor boleh
mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh
menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
Selain daripada itu faktor genetik juga turut memainkan
peranan besar di dalam masalah ini. Terdapat beberapa gen dalam tubuh
badan yang menyebabkan berat badan berebihan. Sindrom-sindrom seperti
Prader-Willi, Laurance Moon Beidi dan sebagainya boleh menyebabkan
obesiti. Jika ibu atau bapa seorang yang obesiti, tidak mustahil anak
atau generasinya akan turut mengalami masalah serupa. Jadi sebelum
terlambat dan sebelum kes ini berlanjutan apa kata kita ikuti tips serta
rawatan untuk elak dari obesiti di next entry.
bersambung......... DISINI
1 Comments