MY CONVOCATION DAY 2014
08:29
ASSALAMUALAIKUM!!!!
Tanggal
9 November 2014 merupakan hari yang bersejarah dalam hidupku. Hari yang
ditunggu-tunggu setelah berhempas pulas selama 2 tahun setengah
pengajian dalam Diploma in Administrative Management Universiti selangor
(UNISEL). Semua ini adalah hadiah buat mak dan abah aku diatas
perngorbanan mereka bersusah payah menghantar aku. Pelbagai onak duri,
pahit manis yang banyak aku lalui sepanjang pengajian aku. Di sini aku
mula belajar untuk berdikari jauh dari family. Tapi alhamdulillah aku
ada kawan-kawan yang sangat caring dan family diaorang sangat baik
dengan aku. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka. Aku bersyukur kerana aku mempunyai family,
sahabat, lecturer yang banyak membantu dan menolong sehingga tamatnya
pengajian.
OLEH NAIB CANSELOR.
SESI BERGAMBAR BERSAMA FAMILY TERCINTA.
FAMILY ADALAH SEGALA-GALANYA. TANPA
MEREKA TIADA AKU SAMPAI KE TAHAP NI.
Sebelum
nama dipanggil tangan seperti berada di dalam petisejuk. Malu dan takut
bersatu
menjadi satu. Saat melihat pelbagai gaya daripada penerima sebelumnya.
Bagaimanakah aku nanti.? Tetapi apabila nama di panggil aku berjalan
dengan seyakin yang boleh. Ala..
takkan dah nak ambil sijil diploma baru rasa takut sedangkan selama dua
tahun setengah
untuk mendapatkan diploma tersebut tidak pulak berasa takut dan gentar.
Segala
rintangan dan dugaan di tempuh dengan penuh keyakinan. Dan sekarang
masanya engkau berasa bangga dengan diri sendiri. Itu perkara yang aku
terapkan di dalam hati untuk membuang perasaan takut dan gementar semasa
di atas pentas.Itulah saat yang paling manis dalam hidupku.Naik ke
pentas dengan ditonton oleh beribu-ribu orang di dalam dewan. Akan ku
kenang sampai bila-bila saat seperti ini. Jom kita terjah memory-memory
aku bersama sahabat-sahabat tersayang meraikan hari kegembiraan dan
kejayaan kami.
OK GAMBAR BERSAMA SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN.
GAMBAR
SEBELAH KIRI BERSAMA SAHABAT AKU DARI SEKOLAH MENENGAH LAGI,THANX COZ
COMING.KANAN PULA ADALAH SAHABAT BAIK AKU DULU KINI DAN SELAMANYA.
Now
we olls done as a graduation from Unisel Shah Alan in Diploma in
Administartive Management.(cewah tetiba keluar loghat owg putih
nie...hahahaha) Ok sekian saja entry saya untuk kali ini. Dah lama tak
buat entry nie baru berkesempatan dan hope lepas nie boleh selalu post
seribu satu cerita kan...hahhaha bubye uolls.
NIE ADALAH VIDEO ISTIADAT
KONVOKESYEN UNISEL YANG KE-9 SIDANG KE-4 2014
~zyaroses~
1 Comments