HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS

23:53

ASSALAMUALAIKUM!!!!!

Hye uollss bersua kembali kita kali ini untuk entry terbaru dari miss zyaroses. Rindunya kat wall zya nie tapi apakan daya hujung minggu baru dapat luangkan masa. Entry zya kali nie mengenai Hari Sukan Negara yang diadakan seluruh Malaysia tidak kira di peringkat negeri mahupun peringkat sekolah semuanya pakat sambut pada tanggal 10 Oktober 2015.






Meriah sangat zya tengok setiap negeri ada membuat aktiviti seperti ini dan ia dapat memupuk semangat bersukan dan boleh menyihatkan tubuh badan serta dapat merehatkan otak bagi student macam zya nie. Memang have fun sangat la aktiviti yang zya join yang diberi nama Karnival Gegar 10,000 Langkah sempena Hari Sukan Negera. Karnival ini diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis. 







Apa yang lagi bestnya Raja Muda Perlis turut serta turun padang memeriahkan lagi aktiviti nie dan paling best zya sempat bersalaman dengannya, amik berkat sama.hik3.(berkat apa tak tau la). Dekat Perlis nie apa yang bestnya adalah setiap event yang dianjurkan mesti dirasmikan oleh Raja Muda Perlis yang memang sangat berjiwa rakyat. Jadi jakun sikit la negeri zya kan tak der raja so jadi over excited sikit.hihihi. Aktiviti bermula pada pukul 7 pagi dengan pendaftaran peserta serta majlis perasmian dan aktiviti senaman bermula sebelum peserta memulakan langkah 10,000 langkah mengelilingi stadium.



Peserta berbasikal







Karnival nie juga ada menyediakan beberapa booth yang mana ia berlangsung selama sehari dari pukul 7 pagi sehingga 5 petang dan sentiasa menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik para pengunjung. Meh la tengok gelagat zya bersama sahabat zya sepanjang di aktiviti Karnival Gegar 10,000 Langkah nie.

 
kami berempat jer sebab yg lain xnak join


betapa bahagianya pasangan nie.hahaha
Ahakkk semangat diaorang bersenam
Catwalk sat
masa kat karnival jumpa dorang nie


eh-eh nak terbang plak belon nie


Demikian saja entry zya untuk Hari Sukan Negara ini. Aktiviti seperti ini adalah sangat bagus untuk menyihatkan badan serta dapat beriadah bersama keluarga serta sahabat dan juga dapat memupuk semangat bersukan di dalam diri masyarakat kita. Sekian berjumpa lagi kita di lain entry.Sentiasalah menantikan kupasan yang menarik dari miss zyaroses yer. Bubye uollsss.



SEKIAN!!!!!






















You Might Also Like

1 Comments