THE GUNNERS BURGER, PENANG

01:10






THE GUNNERS BURGER!!!!! Ha entry zya kali nie adalah tentang burger yang unik, comel, dan agak menggerunkan juga sebenarnya. Sorang makan boleh kenyang sampai esok. Meyh ikuti cerita zya dari mula sampai habis.Harap korang jangan bosan erkkk sebab entry kali nie mungkin panjang lebar.hahaha Sebenarnya dah lama zya nak buat entry pasal nie tapi disebabkan busy dengan final exam. Terpaksa tunggu cuti semester dulu, dan bila start cuti semester busy dengan kerja edit blog kawan zya pula. So dah banyak sangat tergendala hari nie baru berkesempatan. Edit blog??? Nanti dah siap edit zya buat entry pasal nie hokey.


Berbalik pada cerita asalnya pada 2 minggu lepas, zya dengan rakan-rakan pergi ker majlis pertunangan sahabat baik kami iaitu Nadia. Alhamdulillah dah selamat jadi tunang orang sekarang. Beruntungnya badan kan habis saja degree dapat tawaran Leftenan Muda Maritim lepas tu training 6 bulan bertunang nanti tamat latihan terus kawin. Itulah orang cakap rezeki kan. Zya juga yang single kan.(single ker).... hahahaha. Hokey selepas habis sahaja majlis zya dengan rakan-rakan plan untuk keluar makan mee ketam dekat Juru. 


Tahniah selamat bertunang Nadia & Najib

Semua excited nak pergi memandangkan kami semua jarang berkumpul ramai-ramai jadi bila ada masa macam nie so manfaatkan dengan sebaiknya. Dari Permatang Pauh kami bertolak ke Juru dan bila sampai saja perghhh bau harumannya sedap sangat. Cari parking dan bila keluar siap ada budak kecik sambut lagi. Soal budak kecik tu "akak dengan abang baru sampai ker" Jawab rakan aku Pali "haah baru sampai". Lalu si budak kecik tu bagitahu "sorry ketam dan udang semua dah habis". Wehhh hampanya perasaan kami dah excited kot nak makan mee ketam udang nie.Tak apa la tak ada rezeki nak merasa kan. Lain kali kita datang lagi.Cehhh ayat sedapkan hati. So, tanpa arah tuju kami memandu arah menuju ke Pulau pula mencari kedai  Burger Ayam Goreng NJoy dekat Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas. Tapi sekali lagi kami hampa sebab kedai gelap jer tutup.Aduhhh dah lapar sangat perut nie.  

Perut lapar tapi masih mampu selfie n tersenyum tu kira ok la.haha 

Seterusnya terus kami ke lokasi kedai burger yang lain yang terletak di belakang Hospital Besar Pulau Pinang. Kira-kira pukul 10 malam kami sampai di kedai nie. Perggghhh dari petang ker malam memusing cari tempat makan yang best. Bila dah sampai kami semua order makanan masing-masing. Semua pilih menu burger yang sama kecuali bentuk rupa sahaja yang membezakannya. 


Nie la kedai dia kecik dan agak tersorok sikit tapi makanan hebat-hebat


Jeng jeng inilah burger yang kami order...

Alhamdulillah sampai juga menu yang ditunggu-tunggu. Sangat menarik seperti yang zya mention di atas tu comel, unik dan mata dia tu amat menggerunkan hokey. Burger nie harga dia RM10 jer tau dan sememangnya besar sangat korang boleh kongsi berdua ataupun kalau lapar sangat macam kami nie makan sorang sebiji. Serius memang sedap daging ayam dia lepas tu ditambah dengan limpahan cheese dia yang membuatkan sesiapa sahaja yang kelaparan pasti terliur. Memang xsia-sia kami berpusing-pusing 1 pulau dan jumpa tempat makan yang sangat menarik dan unik. Kedainya hanyalah biasa-biasa tapi makanannya adalah sangat luar biasa. Kitaorang siap beli tapau lagi hokey untuk adik-adik kitaorang. Masa tengah buat entry nie pun zya dah telan air liur nieh, macam kena p lagi sekali pula.hahahaha




Ok gambar atas nie air yang zya order dan masa order air tu zya order sirap limau. Si pelayan tu tanya nak air sirap warna apa? Zya pun tercenggang aik ada banyak warna ka selama nie aku minum sirap limau warna merah jer. Lalu pelayan tu terus bagitahu dekat sini ada 3 jenis warna sirap limau iaitu merah, biru dan hijau dan setiap warna berlainan rasanya. Wahhh menarik sangat pertama kali zya tahu nie dan zya order yang warna hijau biar nampak freshh sikit. Bila sampai zya rasa air tu memang sedap tapi nak cerita rasa dia macam mana tu zya tak reti. Korang kenang pergi dan merasainya sendiri pengalaman tu. 


Menu makanan dia banyak sangat 

dia nie la pemandu pelancong kami.haha


Nasib ada pemandu pelacong kalau ikutkan kami yang gegurl nie saja p pusing Pulau memang sesat la jawabnya. Nama saja orang Penang tapi suka betul lupa jalan hahaha akhirnya buka waze terus. Dan gambar terakhir tu gambar zya bersama rakan-rakan a.k.a sahabat sejati selamanya. Perghhh ayat kemain power lagi tu. Alhamdulillah hampir menginjak 8 tahun persahabatan kami dari sekolah sampai memasing dah mempunyai kerjaya dan pasangan. Ok rasanya setakat ni saja entry zya yang panjang lebar membebel. Jadi pada sapa yang dah terliur tengok burger-burger nie cepat pergi terjah dan merasai sendiri keenakannya.








SEKIAN!!!!!!!!



P/s:- Jemput join Segmen GA kami di SINI







You Might Also Like

10 Comments