LIBRARY KE SHOPPING MALL ????
03:44
ASSALAMUALAIKUM!!!!
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis atau singkatannya (PTSFP) itulah nama yang diberi untuk sebuah perpustakaan yang dari pandangan luar seperti biasa tetapi didalamnya seperti sebuah shopping mall ataupun sebuah aquarium.
Pandangan daripada belakang Library.
Pandangan hadapan pintu masuk ke library
Kenapa zya bagi tajuk library ke shopping mall, sebabnya adalah apabila korang mula jejak kaki masuk pun korang dah mula terpegun dengan suasana di dalamnya yang sangat menakjubkan serta serba canggih. Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan berteraskan teknologi terkini melalui sumbangan staf terlatih bagi memastikan para pengguna memperolehi maklumat relevan pada masa diperlukan. Terdapat banyak bahagian yang kita boleh duduk dan lepak dalam nie sambil membuat assignment, perbincangan, pembentangan, rakaman video, melayari internet, bermain game, dan macam lagi. Jom ikuti cerita zya kalau nak tahu benar atau tidak apa yang zya kata nie semua.
Pertama sekali kita meneroka di bahagian bawah sekali yang mana terletaknya kaunter masuk, surau, dataran bulat di pertengahan ruang, sofa-sofa untuk zone laptop dan juga konti radio Unimap FM.
Ruangan sofa yang boleh digunakan untuk pelajar menggunakan laptop yang diberi nama Zone Laptop.
Muka skema masa mula masuk Unimap dengan pucat tak cukup rehat.minggu orientasi katakan.
Inilah dataran yang berada di tengah ruang bawah library ini, Nampak tak tangga yang berpusing-pusing tu macam tangga shopping mall saja kan. Itulah puncanya zya kata library nie macam shopping mall dan juga ruangan bawah yang dihiasi lukisan seperti di dalam aquarium.
Unimap fm diberi nama dan inilah konti radio yang zya katakan tu. Tapi zya sendiri tak pernah jejak lagi dalam konti ni.hehehe
Seterusnya kita beralih ke tingkat atas yang menempatkan kaunter untuk berurusan sebarang program di dalam library serta ruangan rehat, ruangan belajar, rak-rak buku, bilik aktiviti untuk perbincangan dan sebagainya.
Rak-rak buku yang tersusun rapi serta deretan meja dan kerusi untuk pelajar belajar.
Di sini adalah bilik meeting yang boleh digunakan untuk membuat sebarang aktiviti pembentangan dan juga rakaman video.
Di sini juga ruangan untuk pelajar duduk mebuat kerja serta skrin putih yang korang tengok banyak-banyak tu adalah skrin laptop LCD yang membolehkan korang membuat pembentangan dengan hanya perlu touch saja di situ.
Sekarang kita beralih ke aras 3 iaitu aras paling terakhir di dalam library nie. Aras ini adalah aras kegemaran zya sebab apa tau. Sebabnya adalah di ruangan ini adalah ruangan Zone bising.
Zone bising ini adalah zone di mana korang boleh buat bising la kan.hehehe. Di bahagian ini terdapat bilik untuk korang melayari internet, bilik koleksi pelbagai jenis DVD dan juga VCD untuk pelajaran dan sebagainya serta terdapat ruangan untuk korang yang kaki main game tu. Sekarang nie siap disediakan PS3 kot untuk korang main di situ.
Ruangan untuk korang melayari internet dengan akses menggunakan id pelajar.
Ini pula adalah ruangan di mana terdapat koleksi DVD yang boleh membantu pelajar dalam pelajaran dan sebagainya. Banyak sangat koleksi kat sini sampai zya rambang mata tengok tau.
Ruangan ini diletakkan beberapa koleksi novel dan meja yang kerusi putih tu sekarang dah disediakan untuk tempat bermain PS3. Disebabkan zya tidak ada gambar terbaru jadi zya guna gambar nie dulu la. Tapi sekarang dah banyak penambahan dan pengubahsuaian. Gambar bawah ini pula adalah ruangan untuk korang beristirehat serta duduk untuk membaca novel.
Sebelum terlupa di aras 3 ini juga ada beberapa buah bilik meeting yang tertutup dan agak besar dari bilik meeting di aras 2 dan aras 3 juga terdapat sebuah auditorium yang banyak dilakukan beberapa buah aktiviti apabila ada lawatan dan pelawat yang datang.
Bilik meeting dekat aras 3 skrin LCD dia seperti ini dan terdapat meja dan ruangan yang agak besar.
Auditorium Unimap Pauh
Setakat ini sahaja zya bercerita mengenai library tempat zya menimba ilmu yang hanya berbaki setahun lagi. Ehem ehem setahun pun banyak cabaran dan dugaan yang perlu diharungi. Chaiyok chaiyok....
Sekian!!!!
13 Comments