OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | PERSONAL REVIEW
23:22
OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | Cafe yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu kini telah menjadi viral dan popular di kalangan penggemar-penggemar makanan western dan juga hispter. Cafe ini terletak di Sungai Petani, Kedah berdekatan dengan parkson dan kfc Sg Petani. Cafe hipster yang mana dekorasi dalaman dan perabutnya adalah bercirikan kejuruteraan dan juga arkitek. Zya mengetahui mengenai cafe ini melalui sahabat sekolah zya di dalam facebook miliknya. Jadi terus zya teruja nak dinner di sini sambil merasai sendiri pengalaman berada di cafe yang unik ini.
Sebenarnya senang sahaja nak cari cafe ni tapi kalau korang terlepas pandang memang akan terlajak dan pusing-pusing juga satu kawasan parkson tu. Cafe nie terletak di bahagian atas dan di bawahnya juga ada kedai makan cina. Korang cari jer dalam waze Overstepped cafe mesti jumpa sebab cafe dia berada di atas dan signboard dia terpapar besar seperti di dalam gambar bawah ni.
Mai zya nak tunjuk menu apa yang ada dekat OS ni. Rambang mata nak pilih menu dekat sini dan kalau korang tak tahu nak buat pilihan jangan risau dalam menu nie ada dituliskan menu yang diaorang recommend dan menjadi makanan special dekat situ la. Kalau korang tak tahu atau tidak faham setiap menu yang ada bkorang boleh terus tanya pada pelayan di situ dan pasti mereka akan melayan anda dengan sebaiknya.
Masa dinner nie zya pilih menu yang simple sahaja sebab takut tidak habis pula memandangkan badan pun agak tidak sihat masa ni. Zya pilih Burger Pub Strawbery yang mana burger nie ada rasa pati strawberi beserta dengan burger homemade. Memandangkan zya nie peminat buah strawberi nampak saja ada menu strawberi terus order dan memang tidak rugi la zya order menu nie ternyata sedap. Selain itu, zya juga pilih the chocolate thing, fresh oren serta kawan zya pilih Nasi Ayam Kapitan dan honey lemon. Jom kita tengok rupa paras menu yang sebenarnya di bawah nie.
Untuk menu yang buat zya tertarik dekat OS nie adalah dessert yang di hias comel serta unik nie. Tapi hari tu zya tidak berkesempatan lagi nak order so nanti nak pergi lagi dan yang pasti zya akan pilih salah satu antara gambar di bawah ini.
Selain itu, apa yang menariknya di sini ialah susun atur perabut yang sangat unik dan jarang-jarang sekali kita jumpa di mana-mana cafe. Apabila pertama kali korang langkah sahaja masuk cafe ini korang akan terpenggun dengan suasana cafe yang menarik serta di para staff yang sangat ramah dan meriah. Apa yang meriah dan ramah tu? Ha zya langkah saja masuk terus staff dia secara ramai-ramai ucap selamat datang, dah terasa macam cikgu masuk kelas dan anak murid bagi ucapan salam serentak. hehehe Tapi hakikatnya begitulah suasana dan adat di dalam cafe ini dan apabila korang ingin meninggalkan cafe juga di akan ada ucapan terima kasih daripada staff OS ramai-ramai serentak. Wah best hebat sangat cafe nie dan ini pengalaman pertama zya masuk cafe meriah macam nie.
Inilah kawan zya yang perkenalkan pada zya berkenaan Overstepped cafe nie. Kawan sekolah masa form 1 2 dulu. Lepas tu masing-masing bertukar sekolah terus dan berjumpa lama.Jejak kasih la kononnya hahaha Pinjam gambar kejap yer dayah. hehehe
Testing testing hehehe muka tak bermaya dah tu tapi ada hati nak keluar makan juga hari tu. Tapi berbaloi la kenyang dan sedap makanan di situ. Oh sebelum terlupa korang juga boleh buat event atau birthday party di sini tapi korang kena tempah dulu dengan diaorang supaya diaorang boleh aturkan majlis tu supaya berjalan dengan lancar.
Cafe ini dibuka dari pukul 12 tengahari sehingga 12 tengah malam dan kalai nak buang sebarang appointment untuk apa-apa event boleh hubungi di sini atau terus ke Overstepped Cafe di
C97&98 Tkt 1, Jln indah 2,
Tmn sejati indah 08000 SP Kedah
04-430 0187 / 014-740 4028 / 017-743 8328
Sekian sahaja review zya mengenai Overstepped Cafe ni dan kesimpulannya makanan serta layanan di sini sangat memuaskan hati zya dan rasa nak pergi lagi lepas ni. . Sebarang pertanyaan korang boleh terus ker Oversstepped Cafe.
SEKIAN!!!!!
7 Comments