BERKERETA SENDIRI KE LANGKAWI DENGAN LANGKAWI AUTO EXPRESS

by - 03:21


Baru-baru ini zya dengan kawan-kawan berpeluang ke Pulau Langkawi dengan menaiki Langkawi Auto Express. Apa itu Langkawi Auto Express? Ok mai zya nak cerita Langkawi Auto Express ini sebenarnya feri yang membawa kereta dan juga penumpang terus ke Pulau Langkawi. Jadi bagi korang yang ingin membawa kereta sendiri bolehlah mencuba perkhidmatan ini kerana ianya dapat memudahkan urusan korang sekeluarga sekiranya terdapat anak kecil dan tidak perlu untuk anda memunggah barang dan menyewa kereta di Pulau Langkawi lagi. Tetapi perjalanan untuk sampai ke Langkawi adalah memakan masa selama 2 jam berbanding feri biasa yang membawa penumpang sahaja mengambil masa dalam 45 minit atau sejam perjalanan.Ini adalah kerana terminal feri-nya bukan di Kuah tetapi di Tanjung Lembung.


Bagi satu possing dulu sebelum kereta, bas, lori, motor dan basikal masuk.hehehehe Orang lain tidak dibenarkan dan tidak berpeluang untuk memasuki dulu sambil possing macam ini.hehehe Apa yang menyebabkan zya berpeluang bergambar di sini adalah kerana zya dan kawan-kawan datang ke Langkawi Auto Express Sdn Bhd untuk interview para pekerja serta melihat sendiri perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat mereka kerana ianya adalah sebahagian daripada tugasan untuk subjek Service Marketing yang zya ambil di Unimap ini.



Apabila melawat dan pusing-pusing satu kapal ini kami ditawarkan untuk mengikuti dan melihat sendiri perkhidmatan mereka. Jadi kami tidak melepaskan peluang ini dengan merasai sendiri pengalaman ini di mana kami diberi tiket percuma pergi dan balik serta mendapat layanan seperti vvip yang sangat memuaskan dari kapten serta crew anak kapal. Kapten kapal yang sangat ramah dan sentiasa bercerita mengenai pengalaman beliau menjadi kapten kapal laut ini. Kapten yang membawa Langkawi Auto Express ini telah mempunyai pengalaman mengelilingi dunia selama 15 tahun dan sebelum ini beliau telah berkhidmat dengan syarikat MISC. Kami yang mendengar cerita dan pengalamannya terasa sangat teruja dan terus pasang niat nak juga keliling dunia macam tu.hihihihi mampukah? mana mau korek duit banyak-banyak hihihi


Selfie lagi hehehe diaorang tengah fokus untuk memulakan perjalanan.


Inilah dia kapten Rasyid bersama dengan pembantunya untuk mengendalikan feri Langkawi Auto
Express ini.



Walaupun perjalanannya memakan masa yang lama, tetapi pemandangan yang cantik, indah serta panorama yang memukau pasti menggamit korang untuk selalu menaiki Langkawi Auto Express ini. Zya sendiri telah mengalami pengalaman sendiri apabila berada di dalam feri ini kita bagaikan berada di dalam kapal persiaran yang mewah. Ini adalah kerana para penumpang berpeluang untuk mengambil angin di luar feri sambil menghirup udara segar di tengah laut dengan pemandangan yang sangat cantik. Feri ini akan melalui beberapa buah pulau yang sangat cantik serta kita berpeluang untuk merakam saat-saat indah ini. Sekiranya kita menaiki feri penumpang biasa kita tidak dibenarkan untuk keluar dan mengambil menghirup udara segar diluar tetapi dengan Langkawi Auto Express menjanjikan pengalaman indah itu untuk korang semua. Jom kita lihat serba sedikit gambar yang sempat zya dan kawan-kawan rakamkan. 

Pemandangan dari dek atas yang sangat memukau sambil melihat pulau-pulau kecil disepanjang perjalanan.



Zya bersama dengan kawan-kawan merasai sendiri pengalaman yang indah ini.Memang kami sangat teruja di sini.


Laluan ini juga boleh menjadi tempat untuk korang bersantai sambil mengambil angin.

Feri ini sebenarnya ada 3 tingkat iaitu di bahagian bawah menempatkan ruangan untuk kenderaan, tingkat 2 untuk bilik VVIP seperti untuk orang kenamaan dan raja. Manakala tingkat 3 adalah untuk para penumpang sekiranya mereka tidak mahu duduk di dalam kereta bolehlah korang lepak sambil tengok televisyen dan terdapat juga cafe untuk makanan ringan dan juga minuman panas sejuk. Ruangan ini sangat selesa dan sangat berbeza dengan feri penumpang yang lain.



Gambar diatas adalah ruangan rehat, santai serta siap dengan meja sekiranya anda ingin makan disini. Gambar dibawah pula adalah cafe yang menjual pelbagai makanan ringan, minuman panas dan sejuk. 


Jadual perjalanan feri ini pula tidak tetap kerana ia bergantung kepada pasang surut air. Jadi untuk menggunakan perkhidmatan Langkawi Auto Express ini korang kena booking online macam korang booking tiket flight ha lebih kurang macam tu la. Korang boleh semak jadual perjalanan serta bayaran yang dikenakan mengikut jenis kenderaan korang. Korang boleh semak dan mencari lebih maklumat lanjut di sini www.langkawiauto.com dan ia akan keluar laman web seperti dalam gambar di bawah ini.

Manakala untuk bayaran pula korang boleh rujuk jadual dalam gambar di bawah ini atau terus ke laman web Langkawi Auto Express itu sendiri dan pastikan korang memilih jenis kenderaan yang betul serta untuk pemandu bayarannya adalah percuma dan sekiranya terdapat penumpang lain lagi harga akan dikira asing. Jadi ikuti langka-langkah yang ditetapkan di dalam laman web tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.


Setelah urusan pembelian dibuat korang perlu menyediakan beberapa dokumen yang akan dinyatakan setelah urusan pembayaran dibuat seperti print tiket pembayaran, geran kereta dan surat untuk pelepasan kastam. 


Selepas itu, bila tiba tarikh tersebut korang perlu daftar masuk di kaunter ini dan mendapatkan pas pelepasan masuk feri dan setelah itu bolehlah korang bercuti bersama keluarga atau sahabat. Ok zya nak belanja gambar lagi. Harap tak juling mata korang baca entri zya kali ni yang panjang lebar dan banyak gambar ni.hehehe





Pemandangan masa balik ditengah laut.Masa ni angin kuat sangat dan sejuk jer. Zya dan kengkawan dah kepenatan jadi kami lepak dekat depan nie sambil ambil angin.




Gambar atas ini diambil dari dalam tempat kapten memandu dan kami dibenarkan untuk berada di dalam bagi melihat sendiri kerja-kerja mereka. Agak pening juga zya bila melihat pelbagai alat kawalan yang digunakan untuk mengawal kapal ini.

Ok dah jom balik Perlis balik jangan nak mengada lama-lama kat sini. hihihi 



Terima kasih kepada Langkawi Auto Express Sdn Bhd, kapten Rasyid dan krew-krew anak kapal yang membantu kami mendapatkan maklumat sepanjang sehari kami di sini. Alhamdulillah dengan sedikit maklumat zya kongsikan di sini dapat membantu korang semua untuk menggunakan perkihdmatan ini ke Pulau Langkawi. Selamat melancong semua. Sekian.


You May Also Like

9 Comments