MELENTIKKAN BULU MATA ANDA DENGAN PSK PANORAMIC MASKARA by BFF
MELENTIKKAN BULU MATA ANDA DENGAN PANORAMIC MASKARA | Zaman sekarang semua orang nak kelihatan cantik lagi-lagi di bahagian mata yang sangat memainkan peranan peting untuk kelihatan lain dari yang lain. Apabila mata itu disolek dengan cantik akan menampakkan keserian di wajah seseorang itu. Maskara adalah salah satu alat solek yang penting dan pemilihan maskara mestilah dititikberatkan supaya maskara tersebut tahan lama dan tidak akan menampakkan kecacatan pada solekan pada bulu mata kita.
Di sini zya nak kongsi dengan korang satu maskara dari jenama BFF yang diberi nama PSK Panoramic Mascara. Maskara ini best sangat pakai sebab berus dia tu tidak terlalu panjang dan agak gemuk di depannya sesuai untuk membentuk dan membentuk bagi orang yang mempunyai bulu mata nipis yang macam zya ini. Jadi senang untuk zya pakai dan tidaklah comot sana sini. Banding dengan maskara lain yang zya pakai mesti akan jadi comot sebab susah untuk kenakan dengan bulu mata zya yang nipis ini. Pertama kali zya dapat produk ini terus zya jatuh hati sangat bila tengok fizikal dia seperti yang zya kehendaki. Sudah lama zya tercari maskara yang sesuai dengan bulu mata zya ini. Harga untuk Panoramic Mascara ini ialah RM68.00 dan tahan lama serta mudah untuk korang bawa dan letak dalam handbeg korang tu.
Zya cadangkan korang patut mencuba satu untuk mengetahui akan kelebihan dan keistimewaannya. Harganya berpatutan dan tahan lama. Maskara ini juga direka untuk menghasilkan bulu mata yang menakjubkan. Selain itu, maskara ini juga adalah jenis yang kalis air dan anti kotor dan membuatkan ia lebih sesuai untuk dipakai apabila ada aktiviti luar. Maskara ini adalah jenama baru yang eksklusif dan kesannya adalah tahan lebih lama dari maskara yang biasa zya gunakan.
Jadi apa tunggu jom ke sini untuk memiliki satu Panoramc Maskara ini di BFF.com atau klik di SINI . BFF.com bukan setakat menjual maskara tetapi turut menjual pelbagai mekup, skincare, produk untuk rambut dan juga penjagaan badan dari berpuluh jenama yang terkenal.Jadi korang boleh membuat banyak pilihan disini dengan hanya dihujung jari sahaja dan barang tersebut akan sampai ke depan pintu rumah anda.
Jangan lupa klik SINI yer untuk dapatkan pelbagai produk kecantikan dan sebagainya dengan BFF.com.
Sekian.
0 Comments