THE LAWN CAFE MENJADI KAWASAN PHOTOSHOOT TERBARU DAN TERCANTIK DI PENANG

by - 09:23

Sumber gambar diatas adalah dari carian google

THE LAWN CAFE MENJADI KAWASAN PHOTOSHOOT TERBARU DAN TERCANTIK DI PENANG | Hai semua pernah tak korang tengok dekat facebook atau instagram mengenai tempat yang cantik untuk bergambar ini? Bagi korang yang memang minat bergambar ini pasti korang tercari-cari akan tempat seperti ini kan. Jadi meh sini aku nak kongsi dengan korang dimana tempat menarik ini. Kawasan ini sangat sesuai untuk membuat sebarang photooshoot, lagi-lagi untuk photoshoot gambar wedding kan perghh mesti cantik la. 

Memandangkan aku suka juga bergambar gagah juga p cari tempat ni lepas p makan kat mcd sebelah Penang Times Square tu. Hahaha jauh tak aku p cari mcd tu macam la dekat seberang perai tak ada mcd kan.hahaha puncanya sebab mcd tu ala-ala bangunan lama gitu tu yang tertarik teringin nak p sana. Bangunan mcd tu nanti korang google sendiri la erkkk sebab aku nak fokus dekat The Lawn Cafe ni sebenanrnya.hehehe


Sebenarnya aku tak tau pun tempat ni dekat mana jadi dengan bantuan encik waze la yang membawa kami sampai ke sini.hehehe Korang taip jer The Lawn Cafe, Paya Terubong, Penang. InsyaAllah dia akan bawa korang terus ke sini.Bila dah sampai tu dari jauh korang akan nampak pintu gerbang ini tau. Eh eh nanti dulu bila dah sampai jangan terus masuk dekat pintu gerbang ni. Nanti tak pasal kena marah dengan si pak guard tu.hahaha korang parking jer kenderaan korang dekat area sini dah korang masuk lorong sebelah Ecoworld macam dalam gambar di bawah ni,

 Sumber gambar carian google

Korang cari dulu kawasan ni, ala senang jer sebab perkataan Ecoworld Gallery ni dari jauh dah nampak pun. Ok bila dah jumpa tu bermakna korang berada di temat yang betul So, apa lagi jom kita mula teroka tempat ini. Memandangkan aku pergi pun dah lewat petang dengan cuaca pun redup nka hujan jadi tidak banyak gambar yang sempat diambil. Meh la cuci mata korang tengok gambar yang diambil dengan handphone cokia ja.huhuhu tak mampu guna kameera canggih mangih tu...hihihihi




Korang kena berjalan kaki masuk ke dalam baru jumpa sebuah cafe yang agak sederhana kecil tapi comel nampak hipster gitu.hehehe. Cantik tak cantik tak??? hehehe belum masuk dalam pun dah nampak cantik dengan kehijauan rumput di situ. Sekarang jom kita terjah kawasan dalamnya pula.


Tadaaa dah jumpa dah The Lawn Cafe yang tersergam indah di tengah-tengah taman yang penuh kehijauan ini.hihihi Ambik kau berpuitis pula aku.hahhaha. Masa aku datang ni aku tak masuk pun dalam cafe nie sebab tangki dah penuh makan mcd sebelum tu, So kami datang untuk tinjau kawasan dan ambik gambar sahaja. Jom la tengok serba sedikit gambar yang sempat aku dan si bodyguard tak berbayar ini berposiing sakan.hahaha 


Kekok la tak reti nak possing sejak-sejak dah membesar dengan jayanya ni.hahahhaa


Ni dekat kawasan luar cafe, sekitar dia ada bantal beg macam nie banyak.Korang boleh lepak-lepak sambil menghirup udara di luar.Aku cadangkan korang pergi waktu petang sebab kurang sikit panas tu. Kalau korang pergi waktu tengahari buta dan duduk lepak sini korang cari penyakit dan terbakar kulit tu.Kalau korang jenis tak kisah semua tu, tak apa la kan.hehehe.



Okay rasanya setakat ini saja perkongsian dari aku untuk korang.Kalau korang nak pergi boleh jer rujuk alamat dekat bawah ini. 


PT2509, Jalan Paya Terubong, 11060 Penang, Malaysia
Waktu Operasi: 10:00pagi - 8:00malam (Setiap hari)

Ciptalah sebuah moment yang terindah dengan sebuah gambar yang mampu membawa seribu juta kenangan yang paling indah dalam kehidupan. 

You May Also Like

6 Comments