Family Buffet Lunch Yang Wajib Korang Cuba Di Flamingo By The Beach Hotel, Penang.

by - 03:36


Korang yang bekeluarga dan sukakan suasana yang santai sambil menikmati makanan enak-enak bersama ahli keluarga wajib memilih Flamingo by the beach Hotel, Penang. Selain pemandangan hotel yang terletak ditepi pantai dan tempat makan yang selesa dan berhawa dingin ianya juga menyajikan menu-menu yang menarik dan sedap. Bermula dari segi makanan yang berat sehinggalah ke dessert yang pelbagai pilihan serta seisi keluarga boleh menyertai menu di sini. 

Kali ini kali ketiga aku menikmati menu-menu yang sedap di Flamingo By the Beach, Penang dan semua menunya tidak pernah mengecewakan kerana terdapat pelbagai pilihan jadi jika ada pelanggan yang tidak boleh makan sejenis makanan laut boleh memilih untuk makan ayam ataupun ikan. Jadi jangan risau tentang hidangan yang disediakan di sini. Paling aku suka menu dekat sini ialah "American roasted blackened beef in mustard herbs sauce" sebab sos black pepper dia sedap gila tambah pula dengan daging dia lembut tu memang buat pembuka selera aku la.

American roasted blackened beef in mustard herbs sauce

Untuk air pula aku order mango smoothie nie sedap sangat wei pekat gila. 

Cappucino pilihan sahabatku

Sebelum terlupa sahabat yang selalu teman aku ke sana sini nie mestilah si blogger kaki smule Lyana Ishak ni.Sapa tak kenal dia kan kalau ada yang tak kenal lagi boleh klik kat link blog dia nie www.lyanaishak.com bagi mengenali sapa seketul Lyana Ishak ataupun boleh tenung gambar bawah nie yang bertudung kelabu tu.


Sekarang aku nak kongsi dengan korang menu-menu yang terdapat dalam Family Buffet Lunch di Flamingo Hotel ni dan diharapkan korang tabah dan bersabar sepanjang scroll gambar-gambar kat bawah yang panjang lebar ni. Kalau tak mampu bersabra telan air liur jer la dan kalau tak nak telan air liur cepat-cepat pergi cuba terus Family Buffet Lunch kat Flamingo nie bawa satu keluarga pergi boleh pusing-pusing tempat menarik kat Pulau ni sama. Ok jom scroll sama-sama menu-menu di sini.

Appetizer
Thai spicy sausage salad with ginger flower and sesame
Penang "gado-gado" with peanuts sauce
Chinese cold cut platter with seafood chili sauce 
Nyonya kerabu black fungus
Crispy "Acar Rampai"
Ulam-ulaman basket with sambal belacan
Keropok ikan , udang and poppadoms







Salad
Mixed tossed green salad, cucumber salad, young corn and mushrooms salad
Red and white plain salad, coselaw salad, pasta salad







Soup
Chicken soup with spiced and condiments (Sup Ayam Madura)
Home made leek and potatoes cream soup 




ACTION DISH & STALL
Penang seafood fried koey teow
Roti canai, tissues, boom 
BBQ fish, 2 types
Seafood mee jawa with vegeterian (self service)
Chicken and clams Mongolian bbq with garden vegetables and assorted meat
Iced cendol with kidney beans
Assorted ice cream with choice of toppings









HOT DISH
Crispy fried marinated garlic prawns skewer
Stir fried broccoli and cauflower 
Stir fried nyonya tamarind fresh squid
Steamed layered 'Tofu' with minced chicken
Sauteed fresh new potatoes with onion 
American roasted blackened beef in mustard herbs sauce
Pan roasted buffalo chicken with cheese 
Claims alio oglio spaghetti
Chicken cooked with tomatoes and chili paste (Masak Merah)
Lamb curry with egg plant and curry leaf
Fish paprik with vegetables
Fragrant tomatoes rice
Steamed white rice













DESSERT
Selection of fresh fruits, fruits salad, local pastry and western cakes desserts, tartlette, mousse, jelly, assorted puddings and chilled caramel.
Kuih-muih, bubur pengat pisang and pumpkins sago broth.
Coffee & tea


























Hi - Tea Buffet Lunch
Every Saturday (12.30pm - 2.30 pm)
Adult - RM53nett
Child (from 4-11 years old) & Goldies (start at 60 years old) - RM29nett 


Selain hidangannya yang sedap-sedap, di Flamingo By the Beach Hotel, Penang juga mempunyai pemandangan pantai yang sangat cantik dan sesuai la untuk korang nak possing lepas kekenyangan tu kan.



Bila dah kekenyangan tu kita pusing dulu tepi pantai ni sambil layan angin laut 


Perut dah kenyang kaki dah letih rehat dulu la. Tersadai aku ditepi laut dengan minah saleh tu.hehehe Seronok sekali-sekala lepak rehat macam nie memandangkan orang pun tak ramai masa ni tak ada la rasa segan sangat kan.hehehe Bagi mendapatkan mamlumat lanjut korang boleh rujuk maklumat di bawah: 


Flamingo Hotel, Tanjong Bungah, 
11200, Tanjong Bungah, 
Pulau Pinang, 
Malaysia
04-8927167




















You May Also Like

4 Comments