Jom Membeli-belah Di Butik Muslimah Online - Lanafira.com

by - 07:38

baju muslimah murah

Wanita zaman sekarang suka bergaya tetapi masih mengekalkan adab menutut aurat serta masig mengekalkan gaya muslimah walaupun bergaya. Jadi pasti korang akan tercari-cari baju terbaru dan terkini untuk digayakan sama ada ingin ke majlis perkahwinan, hari raya ataupun untuk jalan-jalan. Jadi hari nie aku ada satu perkongsian yang aku nak kongsi dengan korang mengenai butik muslimah online yang kini semakin menjadi kegilaan ramai. 


Nama laman web butik pakaian muslimah ini ialah Lanafira.com yang mana kesemua pakaian yang dijual mereka adalah khusus untuk muslimah. Lanafira.com memfokuskan pakaian daripada baju kurung, jubah, dress labuh, tops, skirt sehinggalah ke tudung. Jadi lengkap satu persalinan yang korang boleh dapat di laman web ni. Jom kita usha sikit laman web nie macam mana rupa dia supaya korang boleh paham dan senang untuk membeli-belah di sana. 


Laman web ni korang boleh cari kadar harga pakaian yang korang kehendaki mengikut bajet yang korang ada dan pakaian jenis macam mana yang korang perlukan. Jadi dalam gambar di atas ini korang boleh nampak dengan jelas jenis pakaian dan kadar harga yang boleh korang letak kemudian tekan filter dan akan keluar pakaian yang korang nak tu sekali dengan harga yang dikehendaki. Tetapi sebelum membuat pemilihan dan pembelian korang dikehendaki mendaftar masuk dahulu supaya senang memudahkan urusan korang bila korang dah terbekenan satu dua dengan pakaian di sini. 

Korang jangan risau dengan kualiti produk di butik muslimah ini kerana butik ini sentiasa memastikan produk mereka berkualiti dan harga pula adalah mampu milik. Ini adalah kerana mereka mengekalkan kualiti dan korang jangan terkejut sekiranya korang tengok harga pada pakaian itu murah tapi gaya serta reka bentuknya nampak exclusive mahal macam jenama terkenal yang ada di pasaran. Korang jangan takut untuk mencuba kerana mereka akan sentiasa menjaga kualiti setiap produk mereka.


Apa yang istimewanya butik muslimah online LANAFIRA ini ialah mereka menyediakan beberapa tips yang berguna untuk panduan para pelanggannya yang mana mungkin baru berjinak-jinak dalam membuat pembelian pakaian online ini. Antara tips yang telah dikongsikan oleh mereka ialah

1- Perkara Yang Perlu Dielakkan

  • Elak dari membeli pakaian dari laman web yang mencurigakan. Korang perlu siasat dahulu laman web tersebut. Selain itu, kalau boleh elakkan dari menempah pakaian secara online sekiranya harga yang ditawarkan melebihi dari tiga angka.
2- Teknik memilih saiz pakaian.
  • Korang perlu cari pakaian yang anda rasakan paling tepat dengan ukuran badan anda yang terkini.
  • Bentangkan pakaian tersebut di atas lantai.
  • Ambil pita pengukur dan ukur maklumat seperti: – Ukuran bahu, Ukuran dada, Ukuran labuh, Ukuran pinggang
  • Walaupun kebiasaannya terdapat ukuran-ukuran lain, dengan 4 ukuran di atas sudah cukup untuk membantu anda memilih saiz paling tepat bagi pakaian yang ingin anda beli.
  • Bandingkan 4 ukuran di atas dengan carta saiz yang disediakan.
3- Mengetahui Jenis Fabrik
Sebelum melakukan pembelian, anda perlu mengetahui jenis fabrik bagi pakaian tersebut kerana ia menentukan ciri-ciri seperti: –
  • Panas atau sejuk
  • Lembut atau kasar
  • Jarang atau tebal
  • Ketat atau longgar
  • Serap peluh atau tidak
  • Mudah berkedut atau tidak berkedut
  • Meregang atau tidak
  • Mudah dibasuh atau memerlukan penjagaan khas
  • Mudah koyak atau tahan lasak
  • Sensitif dengan kulit anda atau tidak
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

4- Butiran-Butiran Tambahan
  • Membeli pakaian yang telah kehabisan stok
  • Tempoh masa penghantaran
  • Kaedah penjagaan 

5- Pastikan Butik Muslimah Online Tersebut Mempunyai Reputasi Yang Baik
    Korang perlu memastikan perkara-perkara seperti berikut:
  • Adakah kualiti pakaian sama seperti di dalam gambar?
  • Adakah penjual menyediakan khidmat bantuan pelanggan yang baik?
  • Adakah kedai online mudah dihubungi dan pantas menjawab sebarang persoalan?
  • Adakah transaksi jual/beli mudah dilakukan tanpa sebarang masalah?
baju perplum/peplum

Jadi apa lagi yang korang tunggu, tips dah baca jom la kita membeli-belah pakaian muslimah di laman web www.lanafira.com ini. Korang boleh dapat bermacam pakaian muslimah yang mampu milik hanjya klik dihujung jari sahaja tidak perlu untuk ke kedai dan menghabiskan duit minyak serta menghadap jem dan sesak dengan orang ramai. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat di bawah dan selamat membeli-belah di LANAFIRA.com.


Laman web LANAFIRA : 


Instagram LANAFIRA :

LANAFIRA Page :


You May Also Like

2 Comments