Kesedaran Khasiat Sebenar US Potatoes Dengan Mempelbagaikan Cara Masakan.

by - 07:46

Tahukah anda kentang ini sebenarnya mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan ia baik untuk diet. Ha korang mesti ada yang tak tahu dia baik untuk diet kan, dan aku sendiri pun baru tahu semasa menghadiri majlis Healthy Delicious Dishes With US Potatoes di St. Giles Wembley Hotel, Penang. Banyak ilmu mengenai kentang yang aku tidak tahu sebelum ini dan sebenarnya tak pernah ambik tahu pun. Tapi bila menghadiri majlis ini aku dapat pelbagai maklumat yang berguna.Jom ikuti perkongsian aku ni sampai ke penghujung cerita. 


Pada majlis ini dorang telah mendedahkan tentang khasiat sebenar kentang dengan cara masakan yang betul untuk mengekalkan khasiat kentang tersebut. Kentang ini sebenarnya mengandungi karbohidrat yang rendah kalorinya dan disebabkan ini juga ia dikenali sebagai makanan yang bebas dari kolestrol. Selain itu, kentang juga mempunyai kandungan potassium yang mana kandungannya dua kali ganda melebihi dari buah pisang dan ia mampu mengawal dari sakit jantung dan strok.  Kentang ini terdiri daripada pelbagai jenis yang kita boleh dapati di pasaran seperti :- 

  1. Russet Potatoes
  2. Yellow Potatoes
  3. Red Potatoes
  4. White Potatoes
  5. Purple Blue Potatoes
  6. Fingerling Potatoes
  7. Petite Potatoes
Kalau korang nak tengok kandungan nutrisi yang terdapat dalam sebiji kentang, korang boleh tengok seperti dalam gambar di bawah dengan lebih terperinci. 


US Potatoes ini ialah dari negara Amerika Syarikat yang merupakan pengeluar kentang yang terbesar daripada 30 buah negara yang lain. Berdasarkan Denver, Colorado, kentang USA mewakili lebih daripada 2,500 penanam kentang komersial dan ia adalah pengendali di seluruh negara. Oleh kerana mereka sedar akan kebaikan kentang ini maka negara luar peka dan mengambil serius akan kebaikan kentang ini dalam pemakanan. Sebenarnya kentang ini tidaklah menggemukkan, tetapi bahan yang dicampurkan ke dalam makanan dan masakan itu sendiri yang sebenarnya memberikan tanggapan bahawasanya makanan itu boleh menyebabkan masalah kepada berat badan dan kegemukkan. 















Disebabkan terdapat banyak pilihan yang boleh diambil dalam pemakanan jadi US Potatoes telah mengeluarkan produk dalam pelbagai variasi yang mengikut dari segi bentuk, saiz dan tekstur yang bersesuaian dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan. Oleh itu, US Potatoes telah mengeluarkan beberapa jenis produk sejuk beku keluaran syarikat mereka iaitu:-
  1. Frozen Straight-Cut Fries
  2. Tater Drums
  3. Crinkle-Cut Fries
  4. Loop or Curly Fries
  5. Frozen Wedges
  6. Lattice or Basket-Waves Cuts
  7. IQF Hash Brown Patties
Selepas sesi penerangan maklumat mengenai khasiat dan kebaikan kentang ini, kami telah disajikan dengan sesi masakan makanan menggunakan kentang dengan cara yang sihat. Sesi masakan ini telah dikelolakan oleh Chef Audee Cheah yang mana beliau adalah President Persatuan Chef Penang. Beliau berpengalaman dalam bidang kulinari selama 28 tahun di beberapa hotel dan restoran yang terkemuka. Jadi semasa majlis Healthy Delicious Dishes with US Potatoes ini beliau telah menunjukkan beberapa jenis resepi yang sihat dan sememangnya sangat sedap. Antara menu beliau yang menggunakan US Russet Potatoes ialah US Potato and Prawn Kerabu dan Curry Chicken Stuffed US Potatoes. Menu seterusnya ialah menggunakan US Waffle Fries dalam masakan Kimchi Seaweed US Lattice Cut Fries dan Chilli Flavoured US Potato Wedges in Lettuce Cups.

1.US Potato and Prawn Kerabu


2. Curry Chicken Stuffed US Potatoes


3. Kimchi Seaweed US Lattice Cut Fries


4. Chilli Flavoured US Potato Wedges in Lettuce Cups.



Semasa proses memasak nie dijalankan pun dah terbau haruman yang mengiurkan tu terus perut aku berdetum-detum lapar.hahahah Apabila selesai sahaja sesi masak memasak kami semua tetamu disajikan dengan empat menu tersebut. Jadi dapatlah aku merasa setiap menu yang disajikan ini dan aku amat berkenan sekali dengan Curry Chicken Stuffed US Potatoes dia.Masa nie imaginasi aku dah terbayang kalau cuba resepi nie dekat rumah makan dengan ketupat masa raya nie memang best sangat la. So, bila ada kelapangan aku akan cuba menu-menu yang ditunjukkan ni sebab semuanya mudah cepat dan yang pasti sangat sedap tau. 

Bagi korang yang dah faham dan tahu akan khasiat sebenar kentang, jadi lepas ni boleh la selalu menggunakan kentang dalam masakan dan boleh juga dapatkan US Potato nie di pasaran sekarang dan cipta kelaian dalam menu masakan anda dan yang pasti kekalkan khasiat dan kekal sihat. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati laman web nie www.potatoesusa-malaysia.com




You May Also Like

1 Comments