Banner Phantamania
Muzium Magic Pertama berada di Penang dan juga di Malaysia yang mana terletak di Georgetown, Penang. Kalau korang datang ke Penang kornag wajib singgah ke muzium seperti ini kerana terdapat banyak jenis magic yang korang boleh hasilkan bukan seperti biasa anda pernah lihat orang lain buat magic itu. Di sini anda sendiri yang melakonkan watak magic itu. Jom kita terjah apa yang ada di Magic World, Phantamania Penang.
Kaunter hadapan Magic World di Phantamania ini dan korang boleh dapatkan tiket di sini sebelum masuk
Jalan masuk
Sampai saja ke pintu masuk korang akan melalui jalan seperti ini dan hati-hati sebab semua lorong nampak macam boleh lalu tapi sekali salah langkah korang pasti tak jumpa jalan keluar.hahahahaha Sampai korang boleh keliru samaada itu betul kawan korang ataupun pantulan cermin sahaja. So, bila dah selesai dan berjaya lalui jalan ini maka bermulalah alam magic korang di Phantamania ini.
Dimension Towertrap
Dimension We Stand
Body Ripper
Cut & Chill
The Well of Fortune
Spidora
Flying Tower
Itu antara beberapa gambar yang sempat aku dan rakan-rakan rakamkan dan memang happening sangat kami dalam ni dengan bermacam-macam ragam dan gelagat untuk menghasilkan sebuah magic yang dilakonkan sendiri oleh kami. Korang jangan risau jika tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan gambar seperti ini kerana staff di sini sentiasa melayan dan membantu anda dalam menghasilkan sebuah magic yang sangat power dan menanrik.
Kalau diikutkan dulu aku memang pernah jejak ke sini tapi masa itu masih tidak banyak lagi tetapi sekarang dah terdapat banyak penambahan yang telah dibuat. Walaupun korang cakap korang dah pernah datang dulu, tapi kali ini korang kena datang juga lagi sekali kerana terdapat banyak penambahan seperti yang telah aku dan rakan-rakan rakamkan.
Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat dibawah.
Bayaran Masuk:
Dewasa RM16
Kanak-kanak atau Pelajar RM9
Alamat:
193, Lebuh Victoria, George Town,
10300 George Town, Pulau Pinang
Waktu Beroperasi:
Setiap hari termasuk hari cuti
10.00 a.m – 7.00 p.m
Gambar kredit kepada blogger Lia Hasty, Lyana Ishak, Ika Sani, Soh Olivia & Jas Jas