Mengungkap Misteri Di Ghost Museum, Penang

by - 07:55

Kalau korang datang Penang tidak sah kalau tidak singgah ke muzium-muzium yang terdapat di negeri ini. Terdapat banyak pilihan muzium yang wajib korang cuba masuk dan salah satu darinya adalah Ghost Museum. Bagi yang sukakan cabaran atau ingin mencabar diri melihat hantu-hantu yang mana korang tidak pernah nampak dengan mata kasar jadi di sinilah korang boleh merasai alami misteri ini. Aku bersama rakan-rakan telah mencabar diri dengan memberanikan diri masuk ke Ghost Museum dan melihat dengan lebih dekat hantu-hantu dari pelbahgai spesies. 


Terdapat hantu satu melayu, cina, jepun dan lain-lain lagi yang dari luar negara. Tapi dalam banyak-banyak hantu dalam nie hantu melayu la yang paling menyeramkan aku rasa dengan bunyi-bunyi mengilai tu huh seram bulu roma dengar. hahaha Tapi korang jangan risau bila masuk dalam nie akan ada staff Ghost Museum yang akan menemani dan menerangkan tentang sejarah hantu-hantu ini semua. Sepanjang di dalam Ghost Museum ini korang akan melalui banyak perkampungan yang mana ia terdiri daripada perkampungan melayu, cina, egypt, jepun, dracula, pirate dan juga halloween. Selain itu, hantu-hantu ini terjadi disebabkan ada kisah-kisah dia yang tersendiri. Jom kita ikuti pengembaraan kami di dalam Ghost Museum ini. 


Ok ini kaunter depan untuk membuat bayaran masuk.

Sekarang kita akan memasuki perkampungan yang pertama iaitu perkampungan orang melayu dan disini terdapat beberapa jenis hantu-hantu melayu yang sering kita dengar. 



Orang Minyak



Puntianak




Toyol



Ini adalah perempuan yang mati ketika melahirkan anak.


Dalam ni adalah hantu pocong oleh kerana aku nampak seram hantu pocong tu. Jadi aku lampirkan cerita dia saja.hehehe Diakui aku memang spesies yang penakut tapi disebabkan nak cabar diri jadi aku beranikan juga masuk ke sini.



Hantu Pisang


Red Ghost


3 Hantu Cina. Hantu kungfu mungkin nie.hehehe


Di atas ini adalah perkampungan cina dan terdapat beberapa hantu cina dan di sini aku dah mula berani sebab hantu dia tidak nampak seram macam hantu melayu tadi.hehehe



Ini adalah hantu egypt yang diberi nama Nubis.Di sini korang boleh mencuba memakai kostium yang disediakan di sini.




Flying Dutchman





Di atas ini adalah kawasan hantu Pirate ala-ala english style hantu kat sini. Comel-comel pula hantu kat sini dan korang boleh bergambar dekat meja macam nie ramai-ramai sambil dihidangkan lauk kepala manusia.hahaha Manusia tu kawan-kawan kitaorang juga sebenarnya.hahaha Seterusnya adalah kawasan hantu Jepun.





Kalau korang perasan hantu-hantu ni semua macam dalam filem juon yang pernah keluar pada suatu masa ketika dahulu, Seram juga cerita ni aku pernah tengok dari juon 1 sampai berapa entah aku pun lupa. Yang tu korang boleh google balik tengok ada berapa juon tapi memang seram la jawabnya. 




Rokurakubi


Chocin Obaki



Kappa


Last sekali adalah kawasan hantu halloween dan ini adalah kawasan perkampungan hantu yang terakhir kami jelajah waktu ini.



Pumpkin Head

Setelah selesai menjelajah setiap perkampungan ni, korang akan jumpa satu kedai yang menjual cenderamata kalau berkenan boleh la beli satu untuk dibuat kenang-kenangan. Terdapat pelbagai cenderamata yang dijual seperti baju t-shirt, topi, keychain, beg dan sebagainya.




Jadi itulah sahaja sedikit perkongsian mengenai Ghost Museum yang ada di Penang dan nanti jika berkelapangan korang boleh la datang ke sini beramai-ramai sama ada datang dengan family ataupun kawan-kawan. Harga yang ditawarkan pun berpatutan dan lokasi nie berdekatan saja dengan jeti dan kawasan-kawasan street art yang lain. Jadi korang boleh berjalan kaki sahaja di kawasan dan kebanyakan pelancong yang datang ada yang berjalan kaki ada yang menyewa basikal di sekitar sini. 


Ok sebelum balik kita rehat santai kat sini dulu sementara tunggu air kat tempayan sebelah ni mendidih boleh juga buat hilangkan dahaga. hahahha (gimik jer bukan ada air mendidih betul pun).


Ini adalah paparan harga untuk masuk ke sini.


Kalau korang cari lokasi nie senang ja korang boleh nampak papan tanda besar nie dekat bahagian atas dari atas korang dah boleh nampak dah. Sekiranya ingin maklumat lanjut dan sebarang pertanyaang korang boleh rujuk maklumat di bawah.

Alamat:
57, Lebuh Melayu, Georgetown, 
10100 George Town, Malaysia.

Hubungi:
04-261 2352

Facebook:



You May Also Like

3 Comments