MERASAI PENGALAMAN DI ICE CAFE, PENANG

by - 07:17

Penang juga memiliki rumah salji? Adakah ini benar-benar ada atau hanya rekaaan? Mai sini aku nak cerita memandangkan aku anak jati Penang dan hakikat yang sebenar tempat yang diberi nama Ice Cafe ini sudah menjadi viral diserata negeri melalui social media facebook serta instagram. Jadi aku dan kawan-kawan tidak melepaskan peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman istimewa di sini sambil menikmati keenakan dessert yang serba mewah dengan buah-buahan tempatan ini. Bila cuaca panas diluar kena pula dengan ais krim yang sejuk ini memang terbaiklah. Aku tak mau cerita banyak jom kita tengok Ice Cafe serta dessert yang ada di sini. 


Gambar credit : Penang Happenings

Kaunter membuat pesanan makanan 

Para pelanggan sudah membanjiri Ice Cafe

Foto Ice Cafe.
Pemandangan di dalam Ice Cafe ini yang mana sangat cantik dan tahap sejuk dia sangat tinggi seolah anda berada di luar negara. Kawasan kafe yang boleh memuatkan seramai 80 sehingga 100 orang dalam satu masa ini membuatkan anda boleh melakukan aktiviti bergambar dan juga menikmati dessert mereka. Terdapat pelbagai dessert dengan tawaran harga yang berpatutan mengikut kemampuan anda yang mana kadar harga adalah dari RM15 ke atas. 


Menu pertama kami dihidangkan dengan ais krim (5 scoop) dah dihdangkan sekali dengan buah peach, epal hijau, buah beri serta biskut gulung. Ais krim yang digabungkan antara perisa strawberi dan coklat ini berharga RM29 dan boleh dimakan oleh 2 atau 3 orang untuk sekali hidangan.


Menu kedua kami adalah Jeruk Ais Krim yang mana ais krim yang dilimpahi dengan jeruk buah yang terdiri daripada jeruk pelam, salak, ceri, cermai dan sebagainya. Bagi peminat jeruk korang memang patut cuba dessert yang ini yang berharga RM18.


Seterusnya menu yang diberi nama Panana Cotta yang terdapat dalam pelbagai pilihan perisa seperti coklat, strawberi dan juga mangga. Kami dihidangkan dengan perisa mangga dan memang aku rekeman sangat korang cuba sebab sedap wei serius aku tak tipu dan harga dia RM15 sahaja. Para peminat buah mangga korang mesti pesan dan cuba sendiri menu ini.


Menu seterusnya ialah Pastries diberi nama yang mana terdapat krim puff dan diselitkan ditengahnya ais krim pelbagai perisa serta dihiasi dengan buah strawberi, kiwi dan beri. Bila buah masam dan digabungkan dengan ais krim yang manis dan krim puff yang lembut memang terserlah rasa enak bila mengunyah bersama-sama. Memandangkan aku nie spesies peminat tegar krim puff memang aku dok menghadap sedia dekat hidangan nie ja sampai licin. hahahahaha.Harga untuk pastries ini ialah RM20. 


Ok untuk menu Mix Fruit ni best sebab penuh dengan buah-buahan wei campur ais pula jadi sejuk buah tu bila masuk dalam mulut. Jadi macam makan buah segar dekat negara luar gitu. hehehe Hidangan ini ada dua saiz dengan harga yang berbeza iaitu large (RM26) dan extra large (RM36). Kalau korang datang ramai satu keluarga ataupun dengan kawan-kawan korang boleh kongsi ambik hidangan ini sebab kalau korang makan sorang dua memang tak larat habis sebab sejuk sangat dan hidangan dia banyak satu bekas tu.


Menu terakhir ialah Manggo Crepes dan untuk menu kek ini bergantung pada hari yang korang pergi. Tidak selalunya menu kek yang sama kerana ia sentiasa menu yang berbeza.


Ini antara beberapa jenis pilihan kek yang terdapat hari kami pergi. Tapi manggo crepes nie memang sedap la wei. Selain menu yang aku kongsi dengan korang ini terdapat lagi beberapa menu yang lain tapi setakat yang terkenal dengan pengunjung yang datang ke sini adalah seperti dalam gambar yang aku tunjukkan ini dan terdapat juga jus buah-buahan dengan pelbagai buah pilihan kesukaan anda seprti gambar di bawah ini.


Jadi korang yang mana berada berdekatan Penang silalah datang dan sekiranya korang berkunjung ke Penang korang wajib singgah sini dulu kalau tak nanti rugi wei. Hehehehe insyaallah di lain entri akan aku kongsi tempat yang menarik lagi di sekitar Penang ini. Untuk sebarang pertanyaan korang boleh hubungi atau kunjungi sendiri seperti yang tertera. Terima kasih pihak Ice Cafe atas layanan terbaik buat aku dan kawan-kawan sewaktu mengunjungi ke sini.

Facebook: Ice Cafe

Alamat: 
193, Lebuh Victoria, George Town, 
10300 George Town, Pulau Pinang

Waktu Beroperasi: 
Setiap Hari 
10:30 pagi–10:30 malam

Hubungi : 
04-263 3193

































You May Also Like

5 Comments