PEMINAT COKLAT WAJIB BACA INI - COKLAT HERITAGE GEORGETOWN

by - 01:36


Coklat dikatakan mampu memberi rasa bahagia dan menghilangkan rasa stress, sedih dan sebagainya. Coklat kini telah menjadi satu makanan kesukaan sama ada dari peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa. Semua lapisan umur amat menggemari kesedapan dan juga keenakan coklat yang terdapat dalam banyak variasa rasa, perisa, bentuk dan warna. Kali ini zya nak kongsi dengan orang-orang Penang dan yang berdekatan dengannya sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis coklat yang bermutu tinggi serta berkualiti di Georgetown.Kedai yang terletak berdekatan dengan Padang Kota dan bersebelah dengan Dewan Sri Pinang ini menjual pelbagai jenis coklat dan ianya bukan sahaja menjual coklat tetapi juga turut menyediakan muzium yang mana ditempatkan dengan beberapa ilmu pengetahuan mengenai coklat.


Disini zya kongsi dengan korang beberapa jenis coklat serta pembungkusan yang menarik sesuai untuk dibuat hadiah bagi birthday, anniversary, bertunang, kahwin dan sebagainya. Cara pembungkusan yang cantik serta korang boleh request untuk coklat bagaimana yang korang mahukan atau korang boleh customade sendiri coklat seperti yang korang inginkan. Agak menarik kan sebab kita boleh ubah suai atau cipta sendiri apa yang kita hendak ikut citarasa kita. Jom kita tengok coklat apa yang dah readymade di sini.









Dengan tawaran harga yang berpatutan dan rasa coklat yang sebenar itu membuatkan kita tidak rasa rugi untuk datang kembali membuat tempahan dan membeli. Kalau dahulu setiap kali hendak beli coklat mesti pergi ke Langkawi tapi kini tidak perlu kerana di Penang sudah ada kedai coklat dan siap dengan muziumnya sekali. 

Sekarang kita tinjau pula keadaan di dalam muzium coklat ini yang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM14 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan ini adalah untuk penduduk Malaysia yang memilik mykad dan mykid bagi pelancong asing kadar bayaran masuknya adalah berbeza. Boleh rujuk maklumat dibawah untuk kadar bayaran masuk.

Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah 

ADULT (with MYKAD): RM14.00
KID (with MYKAD): RM10.00
ADULT (without MYKAD): RM 24.00
KID (without MYKAD): RM 20.00














Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan sebarang rujukan korang boleh rujuk maklumat di bawah ini atau ke alamat yang tertera. 

E-Mail: penang.ghc@gmail.com


Alamat:
Georgetown Herittage Chocolate,
No 30, Lebuh Light,
10200, Georgetown, Penang, Malaysia

Waktu Operasi:
Sun-Sat 10:00 AM - 08:00 PM

Tel: 
+604261 0118


You May Also Like

3 Comments