G-STROM 360' ADALAH JALAN PENYELESAIAN UNTUK GASTRIK
G-STROM 360' ADALAH JALAN PENYELESAIAN UNTUK GASTRIK | Entri kita kali ini merujuk kepada gastrik. Sebelum zya berkongsi mengenai satu produk ini zya nak cerita dahulu pasal gastrik. Mungkin ada yang sudah tahu bagaimana dan apa itu gastrik. Disamping itu, akan ada juga beberapa orang yang masih tidak tahu apa itu gastrik dan bagaimana untuk tahu kita ini ada gastrik ataupun tidak. Bukan apa sebab zya dulu memang tidak tahu gastrik tu apa dan rasa sakit dia tu macam mana, sehinggalah baru-baru ini zya mengalami sendiri gastrik dan memang perit sangat rasa dia. Jom ikuti secara lebih mendalam lagi perkongsian zya ini.
Apa itu Gastrik?
Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Ketika kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan perut akan merembeskan asid gastrik ini. Jika tidak terdapat makanan di dalam perut maka asid ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Proses ini berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi tipis, sebelum gastrik atau gastritis ini.
Punca berlakunya Gastrik.
Antara tanda-tanda korang mengalami gastrik adalam korang akan kerap sakit di bahagian kanan kepala terutama apabila perut korang kosong atau lewat makan. Okay diakui zya selalu sangat ponteng sarapan pagi sebab zya sejenis yang tidak lalu nak makan pagi jadinya zya akan terus makan waktu tengahari sahaja.Gejala ni zya selalu amalkan masa zaman belajar sebab bangun pagi terus pergi kelas tak sempat pun nak amik sarapan dan kelas pula kadang tu sampai ke petang terus jadi petang baru zya akan makan. Orang cakap masa buat tu memang tak ada kesan lagi bila dah lama baru dapat kesan dia. So, sekarang zya dah kena gastrik dan dah tahu betapa seksa dan sakitnya gastrik tu. Kalau korang sakit kepala tu kadang ia diikuti sekali dengan perasaan loya atau mua, sebu perut dan korang akan hilang selera makan terus. Seterusnya ada petanda lain seperti korang akan muntah dan kadang kala ianya berwarna kuning dan mengandungi darah dalam muntah atau darah beku bergumpal. Untuk kes ini zya rasa mungkin dah peringkat yang teruk sebab zya tidak sampai tahap muntah berdarah lagi, setakat mual dan loya tu ada la. Korang juga akan selalu keluar angin dari mulut seperti sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut. Cuba korang check tengok ada tak gejala atau tanda-tanda ini pada korang, Kalau ada salah satu tu cepat-cepat la mencegah sebelum ianya merebak lebih teruk yang boleh menyebabkan kanser perut jika dibiarkan.
Cara atau tip mengurangkan Gastrik.
- Berhenti merokok
- Berhenti mengambil ubat tahan sakit
- Amalkan pemakanan yang sihat serta diet yang teratur
- Elakkan makanan yang masam, makanan pedas, berempah, bercili dan banyak bahan pengawet.
- Sekiranya berpuasa pastikan bersahur.
- Makan sedikit tetapi kerap
- Kurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat.
- Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut.
- Kurangkan makanan berangin
- Berhenti mengambil minuman beralkohol.
Selain mengamalkan cara diatas korang juga boleh mencuba dengan supplement tambahan lain yang mampu mengawal sakit gastrik korang itu. Ellvita telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu G-Storm 360' yang mana ianya adalah Energy Booster yang mampu membantu mengurangkan rasa pedih ulu hati, gastrik, sendawa,sesak nafas, badan lemah, pening dan muntah serta masalah penghadaman dalam badan kita. Produk ini telah dipercayai produk keluaran muslim bumiputera dan dijamin halal oleh pihak Jakim (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 06/2019-112). Produk ini diproses di kilang yang telah memenuhi syarat-syarat bagi pensijilan KKM dan juga MESTI. G- Storm keluaran Ellvita ini telah diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM). Jadi korang tidak perlu risau kerana produk ini selamat digunakan tanpa perlu rasa was-was lagi.
- Rasa pudina yang menyegarkan dan sedap
- Diformulasikan dengan 22 makanan beralkali yang sangat baik untuk perut
- Diperkaya dengan nutrisi penting
- 100% Organik
- Tanpa bau hamis
- Tanpa campuran susu skim atau susu lembu
- Tanpa mineral sintetik
- Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism)
- Tiada krimer tenusu
Produk G-storm ini mempunya 22 makanan tambahan yang lengkap dan antara bahan utamanya adalah susu kambing. Bahan-bahan lainnya adalah peppermint, manna gum, black seeds, yogurt, apple, pisang, spinach, almonds, broccoli, aloe vera, tomato, lobak merah, clove flower, white kidney beans, green tea, turmeric, barley grass ginger, fennel seeds, F.O.S dan stevia. Bahan yang digunakan ini mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri yang mampu merawat dan mengurangkan sakit gastrik serta membantu memberi tenaga tambahan dalam badan kita.
Zya sendiri sudah mencubanya dan ada rasa mint berangin sikit dan yang bestnya langsung tidak ada rasa bau hamis susu kambing tersebut. Itulah istimewanya produk Ellvita ini yang bahan utamanya adalah susu kambing tetapi korang tak akan terasa macam tengah minum susu kambing pun sebab produk mereka ini berkualiti dan telah diuji dengan baik yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga, Baru-baru ini zya ada demam teruk seminggu tak kebah lepas tu dengan cirit-birit, rasa loya mual dan pedih ulu hati. Masa ni berat badan memang turun mendadak sampai ramai yang tegur zya dan kurus sebab amalkan diet padahal zya tak diet apa pun tapi sebab gastrik ini zya jadi hilang berat badan mendadak. Jadi zya diperkenalkan dengan G-Strom ini dan zya menggunakan secara teratur alhamdulillah rasa pedih ulu hati tu dah beransur hilang secara perlahan-lahan sehinggakan zya sendiri tak sedar masa bila dia hilang sebab selalunya setiap pagi bangun mesti perut nie rasa macam mendidih ja seolah ada air telah menggelegak dalam perut ini. Tapi kini zya dah tak rasa pedih ulu selain menjaga makan dan makan mengikut waktu tanpa skip waktu makan yang ditetapkan.
Sekiranya korang berminat dan ingin membeli atau mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi mengenai produk G-Storm ini korang boleh rujuk maklumat di bawah atau terus menghubungi pihak mereka terus.
Website : http://www.ellvita.com/
Facebook : EllVita Susu Kambing HQ
Instagram : @ellvita_susukambing_official
Hotline : 019-202 0911
Produk ini telah mendapat maklum balas yang meyakinkan daripada beberapa pengguna yang telah menggunakannya dan korang boleh lihat testimoni di bawah yang telah berjaya dan berpuas hati dengan produk G-Storm ini.
Testimoni
3 Comments