PEMINAT SAJIAN WESTERN WAJIB KUNJUNG KE SINI - SILVER SPOON CUISINE, MEI HOTEL PENANG.

by - 11:29



PEMINAT SAJIAN WESTERN WAJIB KUNJUNG KE SINI - SILVER SPOON CUISINE, MEI HOTEL PENANG | Zaman sekarang sajian western sentiasa menjadi pilihan ramai kerana sajian biasa sudah kerap kita nikmati dan tiba masanya tekak teringinkan kelainan dan di sini ada satu restoran yang boleh menyajikan menu western yang sedap serta dekorasi yang menarik. Bagi yang food hunter di luar sana ini sudah pasti lokasi yang perlu dimasukkan di dalam list untuk diterjah oleh korang. Korang boleh kunjung ke Silver Spoon Cuisine yang terletak di tingkat 2 Mei Hotel, Penang. Kawasan yang berada di bahagian bandar Georgetown ini amat mudah untuk dicari. Kalau korang buka waze atau maps pun sekejap saja dah jumpa dan dia tidak jauh pun dari bangunan Komtar itu.


Baru-baru ini zya dan beberapa rakan dah terjah ke restoran ini bagi menikmati sendiri sajian di sini. Keadaan restoran yang sederhana besar ini menarik perhatian zya kerana dekorasi dia telah menjadi tarikan zya. Ketika di sini kami telah menikmati 4 jenis air yang berlainan perisa serta 4 jenis makanan yang berbeza. Jom kita lihat menu-menu yang zya dan rakan telah cuba. 

MINUMAN 

COCONUT ICE CREAM





Ini adalah air coconut ice cream atau sama macam coconut shake yang selalu kita minum tu dan dia letakkan ice cream vanila diatas dia. Bagi zya sedap air nie cukup semua rasa dia xda kurang dan terlebih pun. Just nice jer kena dengan tekak zya yang tenga dahaga masa ini.
BLUEBERRY AVOCADO SMOOTHIE





Seterusnya adalah air blueberry avocado smoothie dan ini adalah pertama kali zya minum air yang ada avocado. Memang sebelum ni tak pernah makan atau minum langsung buah avocado ini tetapi hasil gabungan blueberry dan avocado ini telah membuatkan hasilnya sangat sedap rasa masam-masam manis dan sejuk di tekak. Sedap sangat so kalau korang yang sukakan masam tu zya cadangkan korang pilih air ni.

GREEN TEA LATTE





Bagi yang tidak gemar minuman yang sejuk korang boleh pilih untuk air yang panas seperti green tea latte ini. Korang tahu sebelum nie zya cukup anti dengan air green tea. Tahu kenapa zya tak suka? Sebab air green tea selalunya akan berbau bunga tu zya tak boleh nak telan bila terhidu bunga tu tapi di sini green tea latte dia memang terbaik sangat. Zya boleh habiskan green tea latte ni sebab dia langsung tidak ada bau bunga seperti yang zya pernah rasa sebelum ini. Serius cakap sedap sangat cukup semua rasa dan memang zya akan repeat lagi green tea latte lepas ni. hehehe


WATERMELON LATTE





Minuman terakhir yang kami cuba adalah watermelon latte yang mana air ini rasa seperti air latte biasa dan ditambah dengan perisa watermelon dan sedap sama macam green tea latte. Tetapi tekak zya lebih suka Greean Tea Latte dan yang sejuk pula zya pilih Blueberry Avocado Smoothie kerana kedua-dua air ini adalah yang pertama zya rasa dan boleh diterima oleh si tekak ni.hehehe Jadi korang boleh pilih air yang zya cadangkan bila korang datang ke sini.

MAKANAN

CHICKEN HAM AGLIO OLIO 





Makanan pertama yang sampai adalah chicken ham aglio olio rasanya memang best ditambah pula dengan cendawan yang menjadi kegemaran zya. Selalu takut nak order aglio olio sebab pernah frust bila order rasa dia rasa serbuk lada langsung tak ada rasa aglio olio yang sebenar. tapi bila di sini zya beranikan diri untuk mencuba dan memang best tak rugi pun kalau korang order bila datang ke sini.

CHICKEN CHOP





Menu seterusnya pula ialah chicken chop dan apa yang menarik chicken chop ini adalah tepung ayam dia yang ranggup dan tidak berminyak serta rasa isi ayam yang sangat lembut. Selain itu, apa yang menarik zya adalah sos chicken chop ni sedap sangat tidak pedas dan ada rasa masam-masam sikit. Tapi jujur memang sedap sos dia tu terlupa nak tanya dia guna sos apa yangs sedap sangat nie.hehehe

SEAFOOD PESTO / PASTA





Menu seterusnya ini adalah pasta yang mana ia menarik perhatian zya sebab warna menu ini hijau dan bila rasa ada macam biji-biji rempah mungkin dan dicampur pula dengan makanan laut. Menu ini amat sesuai bagi yang gemarkan makanan laut.


SIRLION WITH MINT & GRAVY SAUCE





Hidangan terakhir kami ialah SIRLION WITH MINT & GRAVY SAUCE yang mana dagingnya di masak separa masak jadi bila korang makan akan terasa juices dan tambah pula disiram dengan sos balckpaper yang disediakan memang serasi dan sebati bersama bila masuk ke dalam tekak ni. Pendek kata sajian atau hidangan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Jadi bagaimana setelah melihat menu-menu yang zya dan rakan-rakan dah cuba, menarik kan? Apa lagi cepat-cepat la ke sana dan cuba menu yang telah zya cadangkan ini. Berbaloi sangat sudah la sedap harga pun sangat berpatutan untuk korang cuba. Dengan suasana restoran yang cantik dan kreatif ini amat sesuai korang datang bersama pasangan, rakan-rakan dan keluarga.



Serba sedikit pemandangan di dalam restoran dan korang boleh datang sendiri ke sini dan sekarang mereka tengah membuat promosi iaitu dengan setiap pembelian satu hidangan korang akan mendapat secara percuma lagi satu hidangan utama mereka. Jadi tidak rugi kalau korang tidak cuba ajak ramai-ramai boleh mencuba pelbagai menu yang berbeza-beza. Sekiranya korang berminat untuk membuat sebarang majlis seperti majlis hari jadi, hari ibu dan sebagainya korang boleh juga menempah dan buat diruangan restoran yang mana boleh memuatkan seratus orang dalam satu masa. 

Sekian sahaja perkongsian zya dengan korang dan terima kasih kepada pihak Silver Spoon Cuisine, Mei Hotel Penang di atas layanan terbaik yang diberikan serta sajian yang disediakan semuanya sedap-sedap dan sangat kreatif pembuatan serta dekorasinya. Korang wajib cuba tau kalau tidak rugi tengok saja la gambar-gambar menu dia semuanya menarik. Sekian berjumpa lagi di lain entri.


Sebelum balik gigih habiskan Green Tea Latte yang sedap ni.hehehe


 Bye Mr Teddy semoga kita bertemu lagi. 





Sekian.

You May Also Like

5 Comments