PENGALAMAN PERTAMA MENYAHUT CABARAN DI THE GRAVITYZ, KOMTAR PENANG

by - 12:43


PENGALAMAN PERTAMA MENYAHUT CABARAN DI THE GRAVITYZ, KOMTAR PENANG| Siapa kata aku penakut? siapa kata aku takut gayat? Tiada sapa pun yang cakap, zya sendiri yang cakap dan nilai sendiri sebab tidak pernah seumur hidup buat aktiviti sebegini. Sudah maklum dengan diri sendiri yang memang takut ketinggian dan gayat tempat-tempat macam nie. Tapi zya cuba dan bangga sebab zya dah berjaya buktikan yang zya mampu menyahut kesemua cabaran walaupun ada perasaan takut dan gayat bercampur baur masa tu. Korang nak tahu apa cabaran yang zya sahut tu. Meh sini meh rapat-rapat ikuti cerita zya sampai habis. 

Baru-baru ini zya dan rakan-rakan telah menyertai satu aktiviti yang agak mencabar di tingkat 65 bangunan Komtar, Penang. Tempat ini diperkenalkan sebagai The Gravityz yang mana baru dirasmikan pada 10 Febuari 2018 yang lalu dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang sangat mencabar. Bagi yang sukakan cabaran disini tempatnya dan bagi korang yang ingin mencuba dan mencabar tahap keberanian dan gayat tu boleh la datang dan cuba di sini. The Gravityz ini telah menetapkan sasarannya untuk mencabar diri bagi sesiapa yang mampu merentasi trail sejauh 100m dengan beberapa aktiviti yang disediakan dan ianya juga adalah untuk memberi keyakinan pada diri kita sendiri. 



Zya sendiri dah cuba dan tidak dinafikan sepanjang perjalanan menghala ke Komtar pelbagai perasaan ada dan yang pasti perasaan takut mengatasi segalanya. Setelah mencuba sendiri semua perasaan itu zya dapat kawal kerana mendapat sokongan daripada team yang pergi serta tunjuk ajar dan kata semangat serta keyakinan diri daripada instructor. Memang korang akan rasa takut rasa tidak selamat bila berada di sana tapi bila korang dah alami sendiri sambil disajikan pula dengan pemandangan sekitar Pulau Pinang dari atas ternyata satu kepuasan dan satu pemandangan yang indah dan tidak mudah untuk korang dapat detik sebegini dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Sebelum korang memulakan aktiviti ini korang perlu mengisi borang dulu mengenai maklumat diri korang,jadi jika berlaku apa-apa yang tidak diingini maklumat waris dan lain-lain telah sedia ada. Korang perlu masuk ke bangunan melalui The Top Komtar dan naik sampai ke tingkat 6 sehingga terjumpa tempat seperti di dalam gambar dan jumpa dengan petugas di kaunter dan maklumkan kepada mereka. 





Sampai di kaunter pertama korang perlu mengisi borang dan menimbang berat badan dan seterusnya ke kanuter kedua mengisi sedikit data dan mengambil pas pelawat untuk naik ke atas. Sudah selesai mengisi borang di dua kaunter yang berasingan korang akan dibawa menaiki ke tingkat 65 dengan menggunakan lift dan korang akan diiringi oleh staff yang bertugas sampai ke tingkat atas. Tetapi sebelum naik lift korang perlu melalui pintu ini untuk dibuat semakan terhadap beg korang. Ini sebahagian untuk menjaga keselamatan dari berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.


Tiba di atas korang boleh ambik t-shirt yang akan diberi secara percuma kepada setiap peserta yang telah mendaftar dan membuat pembayaran. Setelah itu, korang akan diberi sedikit taklimat keselamatan dan cara pemakaian oleh staff disitu. 



Safety first hahaha alamak muat tak ni memandangkan zya dah semakin membesar dengan jayanya sekarang ni.Ok nasib baik muat hahaha. Perasaan masa ni berdebar-debar wei macam nak lari turun lift balik saja.hahaha.(kuat drama betul). Dah selesai pakai kan jom kita mulakan aktiviti kita berjalan di sepanjang trail yang berukuran 100m itu berada di luar bangunan. Setiap platform ada menyediakan beberapa aktiviti yang wajib korang cuba dan buat. Antara aktiviti tersebut ialah 

CONFIDENCE PATH

Sumber gambar ( www.thegravityz.com)

Kak el tengah tenangkan diri ker tu mengumpul semangat yang hilang.

Masa dekat platform pertama ni korang perlu berjalan dan berhenti menarik nafas dan hembus, seterusnya jejakkan kaki korang kehadapan dan lihat ke bawah. Masa nie korang akan tahu korang nie gayat atau tidak dengan ketinggian. Masa platform ni zya masih boleh kawal lagi rasa takut dan gayat tu. Kita tunggu next platform yang lebih mencabar aktiviti dia tapi menyeronokkan.

HIGH BENCH

Bila korang dah boleh melepasi halangan pertama tadi kini korang boleh duduk relax di atas kerusi yang disediakan mengikut ketinggian yang disediakan. Korang boleh pilih mana yang korang selesa dan berani sambil menikmati pemandangan dan keindahan bandar Pulau Pinang. 




A GREAT BRIDGE

Korang dikehendaki melalui jambatan ini selangkah demi selangkah tanpa memegang dan apabila separuh perjalanan korang perlu jalan seperti ketam. Masa nie tetiba zya tertanya ketam jalan lagu mana sebab tak pernah pun ambik tahu ketam jalan macam mana. Hahaha rupanya jalan mengiring ketepi sampai ke penamat dia. Untuk view dekat atas jambatan ini tidak ada gambar tetapi korang boleh rujuk video yang zya pamerkan dekat akhir entri ini.

X POINT

Selepas selesai merentasi jambatan korang akan tiba dia X Point yang mana korang diberi masa untuk berehat sambil menenangkan diri sebelum meneruskan aktiviti seterusnya yang lebih mencabar. Lepak-lepak dulu ambik gambat sekeping dua dan kalau ada kopi cicah biskut pun sedap waktu ni sebab di luar tu berangin seronok jer. 




Z WIRE

Sekarang kita ke cabaran seterusnya iaitu cabaran Z Wire yang mana cabaran yang sangat digeruni dan korang tiada pilihan walau macam mana pun korang tetap kena lalui kalau tidak korang tidak akan sampai ke platform yang terakhir. Korang perlu merasai pengalaman flying fox yang paling tinggi ini dengan membuat pelbagai aksi bagi mendapatkan gambar serta pemandangan yang cantik. Tapi seketul zya yang penakut nak lepaskan tali maka terhasillah gambar seperti di bawah sahaja. Rakan-rakan yang lain semua membuat aksi spontan yang menarik. Ini adalah kerana zya takut untuk bergerak dan gayat sama.hahaha.



Fatin 


Kak El Darwina


Lyana 


Olivia


Lia 


G ROCKY


Seterusnya adalah cabaran terakhir dan memang sangat mencabar hampir-hampir putus asa tak nak buat sebab gerun gayat tapi dapat kata semangat dari team dan instructor zya berjaya juga buat. Dekat sini ada tiga aktiviti korang perlu buat iaitu baring di atas kerusi rehat yang disediakan, berdiri di atas besi yang disediakan( gayat wei berdiri atas ni) dan terakhir sekali aksi kuat lentang. Aksi kuat lentang ni la yang zya nak give up sangat sebab gerun wei macam nak jatuh ke belakang ja. hahaha


Berehat dulu dekat kerusi ni. Masih tersenyum yer tapi senyuman pun macam tak ikhlas sebab gerun untuk next cabaran tu.



Yeeaahhh berjaya juga naik atas besi yang tinggi nie menghadap pemandangan depan sambil dalam hati kata cepat-cepat la amik gambar wei.hahhaha


Ok nie muka pasrah gila boleh ka aku buat nie siap cakap tak nak buat lagi tapi sis redho dan berjaya juga buat walaupun sekejap hahahaha dan hasilnya tadaaaaa....


Tadaaaaaa (tahan nafas ka tahan getaq lutut tu)


Jadi la lagu nie sebab tak berani nak terlentang ke belakang tu hahahha gayat ooooo. Korang kalau rasa nak cabar diri dan rasa semua nie macam biasa-biasa ha p la cuba sendiri rasai sendiri pengalaman paling terindah seumur hidup. Sesiapa yang berminat kadar bayarannya adalah antara RM90 -RM399 dan untuk orang-orang Penang ada harga special RM79 termasuk denga T-shirt merah yang kami pakai ni yer. Korang perlu membuat pembayaran dan tempahan di laman web www.thegravityz.com untuk menyertai aktiviti ini dan ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 6 petang. Korang boleh klik video di bawah ini untuk melihat video yang sempat dirakamkan oleh kami memandangkan kebanyakan aktiviti kami rakam video dan sesetengah aktiviti sahaja kami ambik gambar. Jadi, selamat menikmati dan sekiranya berminat silalah ke website diaorang buat tempahan atau rujuk facebook serta instagram diaorang untuk mendapatkan lebih maklumat lanjut.

Facebook Page : The Gravityz
Instagram : thegravityz


Terima kasih The Gravityz atas kesudian menerima kunjungan kami serta melayan kerenah dan gelagat kami sepanjang di sana. Kami berjaya mendapatkan satu pengalaman yang tidak pernah kami dapat sebelum ini dan ini adalah pengalaman pertama zya menyertai aktiviti mencabar sebegini. Zya berjaya atasi rasa takut serta gayat. Selain itu dapat juga menambahkan keyakinan terhadap diri sendiri. Mungkin masa akan datang akan ada lagi aktiviti sebegini zya akan cuba untuk menyertai sebab ianya dapat memberi satu kepuasan pada diri sendiri. 



Sekian.




You May Also Like

1 Comments