SERLAHKAN KECANTIKKAN KULIT ANDA DENGAN SNOW CRYSTAL BY ELLDORA

by - 10:58

Wanita sentiasa obses dengan kecantikan jadi tidak hairanlah kenapa wanita dan kecantikkan ini berpisah tiada. Setiap wanita di dunia ini inginkan kulit yang cantik, bersih, flawless dari sebarang cacat cela jerawat, jeragat, parut dan sebagainya. Tapi wanita biasalah kadang ada musim dia akan ada mengalami masalah kulit tidak kiralah bagaimana masalah itu berpunca mungkin dari segi salah pemakanan, salah pemakaian produk atuapun masalah hormon yang tidak stabil. Dari situ, akan membuatkan setiap wanita akan mencuba dan mencari pelbagai produk dan skincare bagi memulihkan kembali kulit mereka. Selain mengamalkan produk penjagaan wajah (skincare) anda juga perlu menjaga pemakanan dan juga mengamalkan supplement yang bersesuaian dan selamat. Jadi entri zya kali ini adalah ingin berkongsi satu produk yang sangat terbaik dan memang berkesan iaitu Snow Crystal daripada Elldora.


Apa itu Snow Crystal?


Snow Cristal adalah chewable tablet yang diperbuat daripada 22 jenis bahan aktif semulajadi dan ianya adalah 100% menggunakan bahan semulajadi, selamat dan berkesan digunakan serta tanpa ada bahan terlarang yang berbahaya. Snow Crystal ini adalah produk keluaran bumiputera muslim yang diasaskan oleh Miss Elldora sejak tahun 2017 dengan berpegang kepada prinsip moto iaitu " Inspire Your Desire". Produk ini telah mendapat kelulusan dengan KKM dan selamat digunakan tanpa rasa ragu-ragu lagi. Antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Snow Crystral ini adalah seperti berikut: 



STRAWBERRY JUICE POWDER 

Menentang pembentukan radikal bebas. Kaya dengan vitamin C dan phytonuient yang dapat menghaluskan dan mencerahkan kulit.


ISOMALT 
Mengandungi nilai kalori & nilai glisemik yang rendah yang sangat bagus untuk mengawal berat badan berlebihan. Juga sangat bagus untuk kesihatan sistem pencernaan.


VITAMIN C 
Mencerahkan kulit dari jeragat, anti-penuaan, dan kulit lebih lembut. Memperbaiki struktur kulit.


MANGOSTEEN PEEL EXTRACT 
Xanthones dapat bertindakbalas dengan radikal bebas dan menghalang dari kerosakan sel kulit.


BOVINE COLLAGEN (COW) 
Mengekalkan keremajaan kulit, tekstur dan penampilan kulit yang lebih anjal. Dapat membantu mengurangkan kedutan dan melawan tanda-tanda penuaan.


LYCHEE JUICE POWDER 
Membantu menghilangkan ‘black spot’ & jerawat. Selain itu, jus laici juga dapat melambatkan proses penuaan.


L-CYSTIENE 
Merupakan komponen penting untuk pertumbuhan rambut, kuku dan sel kulit. Bertindak sebagai ejen pencerah kulit & merawat masalah kulit yang lain seperti jerawat, jeragat, kedutan dan lain-lain.

RICE BRAN EXTRACT 
Bertindak sebagai ejen pelembap yang sangat hebat. Juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV merbahaya.


MINERAL PREMIX 
Melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV dan juga bertindak sebagai anti-bakteria.


VITAMIN PREMIX 
Membentuk komponen penting dalam struktur kulit dan melancarkan fungsi sel kulit.


TOMATO EXTRACT 
Dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan mengatasi kulit berminyak.



ALOE VERA EXTRACT 
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah disamping membantu melembapkan kulit.


POMEGRANATE EXTRACT 
Dapat mengembalikan sel-sel kulit yang baru dan melindungi kulit daripada radikal bebas matahari. Merawat masalah kulit kering, berminyak & berjerawat.


GREEN TEA EXTRACT 
Melindungi kulit dari sinaran UV & membantu mengatasi masalah kulit kering, berminyak & berjerawat, melembapkan kulit.


PAPAYA EXTRACT 
Mengatasi masalah bintik hitam di wajah, membantu menghilangkan jerawat & melambatkan proses penuaan.


MIXBERRIES EXTRACT 
Dapat mengurangkan bintik hitam & lingkaran gelap bawah mata, disamping dapat melembapkan kulit & mengurangkan keradangan di kulit.


OLIVE LEAF EXTRACT 
Bertindak sebagai anti-penuaan, melembutkan tekstur kulit, melindungi kulit dari radikal bebas & membantu memulihkan kulit berminyak.


ASTAXANTHIN 
Merupakan agen semulajadi bagi mencerahkan dan memutihkan kulit. Mengandungi fungsi anti-fungal, anti-aging & dapat merawat masalah kulit.


BIRD NEST EXTRACT 
Mencegah masalah kulit kering & kulit kusam. Juga dapat memutihkan, mencerahkan & melembapkan kulit.


SAKURA EXTRACT
 Dapat melembapkan kulit & menegangkan kulit. Juga dapat membantu mengatasi kulit kusam & dapat mencerahkan kulit.


APPLEPHENOL 
Mengandungi molekul poliphenols yang mampu memberi kesan antioksidan, anti radang & anti penuaan. Mengurangkan pigmentasi & mencerahkan kulit.


DEXTROSE 
Dextrose mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga kepada tubuh. Ia juga bebas lemak, kolesterol dan sodium.


Apakah keistimewaan Snow Crystal

Lebih Cerah
Tona Sekata
Bintik Hitam Pudar
Anti Cela
Kulit Berseri
Kurangkan Pigmentasi
Kurangkan Keradangan
Meremajakan Kulit
PErlindungan UV
Agen Pelembap
Memperbaharui Sel Kulit
Kawalan Minyak

Cara Pengambilan Snow Crystal


Satu botol Snow Crsytal ini ada 60 biji tablet dan cara pengambilannya adalah 2 kali sehari iaitu 30 minit sebelum sarapan dengan 1 tablet di waktu pagi dan 1 tablet di waktu malam sebelum tidur. Selain itu anda perlu menghindari dari minum air kafein dan yang bergas serta kurangkan makanan yang berminyak, berlemak, pedas, bertoksin dan pedas.


Selain itu, anda juga perlu minum banyak air kosong atau air putih dengan secukupnya. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kalau anda ambil lebih itu lebih bagus untuk sistem dalaman kita dan juga sistem pencernaan. Boleh digunakan untuk lelaki dan juga wanita dan kesannya dapat dilihat seawal 2 minggu tetapi ada juga pengguna yang seawal beberapa hari sudah menampakkan kesan terbaik produk ini. Ianya bergantung kepada sistem badan kita dan setiap manusia akan ada berbeza tindak balasnya. 

Pengalaman Sendiri 

Jadi zya pun tidak lepaskan peluang ini untuk mencuba kerana telah ramai yang menunjukkan kesan positif penggunaan produk Snow Crsytal ini. Kulit muka zya ini dari zaman lepas sekolah lagi sudah mula naik jerawat sehinggalah ke hari ini masih lagi menapak dan menetap. Mereka ni dah siap buat perkampungan lagi kadang tu siap berkumpul-kumpul satu tempat macam mak cik-mak cik bawang berkumpul tu.hahaha Nampak tak betapa nak terang jerawat tu susah nak hilang dari muka dan dah cuba pelbagai produk skincare berjumpa doktor tapi hasilnya sangat mengecewakan. Jerawat zya kadang jenis naik yang membengkak lagi-lagi bila musim datang bulan. Amboi kemain dia berpoya-poya di muka zya ini. Tetapi setelah diperkenalkan dengan produk Snow Crystal ini dapati banyak perubahan berlaku. 

Hasil 2 minggu penggunaan produk Snow Crystal

Pada minggu pertama zya amalkan produk ini kulit muka terasa lembut sangat mula macam pelik juga produk apa yang zya pakai padahal zya hanya mencuci muka dengan Cetaphil dan malam pakai bedak sejuk sahaja, Rutin harian yang biasa zya dok buat tapi selepas itu zya perasan lagi muka sudah tidak naik jerawat dan lebih mengejutkan masa datang bulan pun jerawat tak naik bengkak-bengkak dah macam dulu. Naik tu ada tapi jerawat pasir kecil-kecil sahaja tapi normal la kan orang perempuan bila datang bulan naik jerawat, tapi jerawat tu hanya naik sekejap sahaja lepas sehari dua dia dah kecut. Kulit pun jadi lembut dan cerah, serta tidak kusam lagi seperti dahulu. Orang pertama yang tegur kulit muka zya semakin baik adalah ibunda tercinta dan ada beberapa lagi orang yang tegur muka zya semakin pulih dari dulu. Syukur alhamdulillah zya dah bertemu jalan penyelasaian yang dicari selama ini. 


Terima kasih Snow Crystal kerana merealisasikan impian setiap wanita untuk kelihatan cantik dan berseri. Kini zya telah mendapat kulit seperti yang diidamkan selama ini iaitu cerah, bebas jerawat, parut serta flawles lagi. Untuk mendapatkan hasil sebegini korang kena konsisten menggunakannya dan satu botol ini amat berbaloi kerana kesannya yang sangat cepat dan menakjubkan. Terdapat juga testimoni lain yang telah berjaya menggunakan produk ini seperti berikut:

Testimoni 





Sekiranya korang berminat dan ingin membuat pembelian korang boleh rujuk maklumat di bawah atau ada sebarangh pertanyaan dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini boleh terus rujuk maklumat yang tertera di bawah ini.



Facebook: Elldora Beauty HQ
Instragram: elldora_beauty_hq
Hotline: 019-2271077









You May Also Like

3 Comments