RAMADAN BUFFET DINNER YANG BERTEMAKAN JUADAH QASH'AH KINI DI THE LIGHT HOTEL, PENANG.

by - 07:36


RAMADAN BUFFET DINNER YANG BERTEMAKAN JUADAH QASH'AH KINI DI THE LIGHT HOTEL, PENANG. | Hai semua tidak lama lagi kita seluruh umat islam akan menyambut bulan ramadan di mana bulan semua ummat islam perlu berpuasa dan menahan lapar pada siang hari. Jadi di sini zya nak kongsi dengan korang satu tempat menarik untuk korang boleh berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Mungkin korang ingin mencipta kelaianan apabila selalunya berbuka makan di rumah ataupun di restoran tapi cuba ramadan kali ini buat kejutan untuk insan tersayang berbuka di The Light Hotel Penang. Pada tahun ini mereka mempamerkan tema Juadah Qash'ah dan zya sendiri telah dijemput untuk menyertai food review bagi Ramadan Buffet Dinner di The Light Hotel, Penang bersama dengan beberapa rakan-rakan media dan blogger yang lain.


Pada majlis ini telah dijemput YB Dato Haji Mohd Rashid Bin Hasnon bersama dengan isterinya bagi memeriahkan lagi majlis. Majlis dimulakan dengan perakan model menaiki beca sambil membawa dulang yang berisi makanan ke dalam hotel serta sesi bergambar dengan chef-chef di The Light Hotel ini. Majlis ini sebenarnya diadakan bagi memperkenalkan menu-menu menarik yang bakal dihidangkan pada bulan ramadan ini dengan bertemakan "Juadah Qash'ah". Juadah Qash'ah ini yang bermaksud makanan tradisi orang kampung iaitu makan nasi dalam talam dengan dikelilingi oleh beberapa orang seperti gambar dibawah.



Barisan Chef The Light Hotel bersama dengan model untuk Juadah Qash'ah


Inilah yang zya maksudkan tadi makan beramai-ramai di dalam talam tetapi di sini telah diubah sedikit dan diselitkan arabic sedikit untuk tema ini. Pada majlis ini juga turut dihiburkan oleh band dari The Light Hotel sendiri yang suara mereka sangat merdu dan lagu yang didendangkang semuanya best sangat. Lagu-lagu yang didendangkan adalah lagu nasyid, melayu, arab dan juga bollywood. Korang patot datang dan dengar sendiri atau korang boleh ke story di instagram zya. Okay sekarang kita terjah menu-menu yang disajikan di sini. Kita mulakan dulu dengan signature dish iaitu Kambing Golek yang mana rata-rata orang pasti akan tumpu pada menu ni saja dan seterusnya ialah lauk-pauk, kerabu dan ulam-ulaman, buah-buahan, kuih-muih, minuman dan lain-lain lagi.


LAUK-PAUK


Kambing Golek Warisan Tok Wan bersama Nasi Mandi


Shawarma Ayam


Gulai Kepala Ikan 


Gulai Udang


Dalca Telur


Kambing Hitam Manis


Ayam Bawang


Gulai Ketam


D'Light Nasi Kandar


Tauhu Kicap 


Gulai Ikan Tempoyak Che Yah Gebu


Gulai Ayam Nangka Pucuk Ubi


Telur Lemak Cili Api Belimbing Buluh


Ikan Goreng Achak-achak


Beef Bourguignon


Hassleback Potato Cheese Gratin


Sayur Goreng Bersama Sos Tiram


Ikan Siakap Bersama Sos Soya


Vegetable Lasagna


Kepak Ayam Ranggung Bersama Sos Cili Maki


Gulai Tetel Pisang


Ikan Masin


Seafood on Ice

KERABU & ULAM-ULAMAN


Ulam-ulaman 


Pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, tauhu dan juga tempe goreng yang enak dimakan bersama sambal belacan dan juga kuah kacang.


Pelbagai jenis sambal ada disediakan.


Pecal Sayuran Mak Lijah

PENCUCI MULUT (BUAH-BUAHAN)


Aneka Buah-buahan


Rojak Buah-buahan


Aneka Kurma


Jeruka buah-buahan

DESSERT (PEMANIS MULUT)


Kuih-muih tradisional dan Kek Lapis


Bread & Butter Puding


Pengat Durian



Pelbagai aneka kuih-muih dan biskut raya



Kek


Chocolate Fountain

LAIN-LAIN


Char Koey Teow

Nasi Ayam



Kanji Lambuk Masjid Sembilang



Pizza


Murtabak


Roti Canai


Ais Krim

MINUMAN 


Stall Ais Kacang


Beraneka jenis bahan Ais Kacang



Ice Lemon Tea
Limau Ais
Bandung



Teh Tarik kaw punya. (ni wajib korang rasa tau)

Untuk pengetahuan semua makanan di sini di kawal disediakan oleh Chef Halim Mohamad yang mana beliau telah mempunyai 20 pengalaman dalam bidang ini. Di sini juga menyediakan mana-mana kumpulan yang ingin membuat majlis pada bulan puasa. Sekiranya korang ingin membuat gathering berbuka puasa, mereka ada tawarkan special buffet yang mana ia melibatkan 50 orang ataupun lebih. Di sini juga ada disediakan surau serta imam untuk solat Maghrib, Isya' dan juga terawih. Jadi ianya dapat memudahkan anda selepas berbuka boleh terus pergi solat berjemaah. The Light Hotel menawarkan pelbagai jenis buffet dan harganya adalah seperti berikut:

Mutiara Ramadan Buffet Dinner :                  RM110neet (A)| RM90nett (C & SC)
Selera Muhibbah Ramadan Buffet Dinner:    RM90nett (A) | RM70nett (C & SC)
Juadah Qash'ah:                                                RM250 Nett (4 Person)

Noted: Sekarang ini ada promosi vaucer dengan harga RM88nett untuk seorang dan ianya tertakluk kepada terma dan syarat sahaja. 

Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan ataupun ingin membuat membuat sebarang tempahan bolehlah rujuk maklumat di bawah.

Hotline: 04-821111
Email: info@thelighthotelpg.com














You May Also Like

2 Comments