CITARASA DESA ALA PAK NASS MENJADI TEMA PILIHAN UNTUK RAMADAN BUFFET DI IXORA HOTEL,PENANG.
Kurang dari seminggu sahaja lagi umat islam bakal menyambut bulan ramadan dan rata-rata hotel mengadakan promosi untuk buffet ramadan di hotel mereka. Antara hotel yang terlibat adalah Ixora Hotel yang baru sahaja zya pergi baru-baru ini. Mereka menawarkan pelbagai jenis menu dari yang berat sehinggalah ke pencuci mulut semuanya ada. Jadi bagi korang yang masih tercari-cari tempat untuk berbuka pada bulan ramadan ini korang bolehlah datang atau membuat tempahan dari sekarang di Ixora Hotel, Penang. Buffet ramadan yang diadakan di The Straits Cafe,Ixora Hotel ini menjanjikan menu utamanya adalah seperti Kambing Panggang Golek, Shawarma ayam, Asam Laksa dan sebagainya. Jadi jom kita lihat menu-menu yang ditawarkan sepanjang bulan ramadan di Ixora Hotel ini.
JUADAH HIDANGAN UTAMA
Nasi Minyak Pelangi
Nasi Putih
Siput Lala Goreng Bercili
Udang Goreng Nestum Daun Kari
Gulai Ikan KeliTimun Muda Tumis Darat
Daging Dendeng Madu
Ayam Kuzi Berempah dengan Kismis
Kupang Masam Manis
Sambal Tumis Kerang dengan Ubi Kentang
Masak Lemak Petola,Suhun & Tauhu
Tauhu & Tempe Goreng Goreng Kacang Panjang
Sayur Campur Cendawan Sos Tiram
WARUNG KEBAB PAK HAKIM
SHAWARMA AYAM
Ayam, Roti Pita, timun, tomato, hirisan salad, cili sos, tomato sos, mayonnaise.
WARUNG NOODLES UNCLE POH
PENANG ASAM LAKSA
Laksa, daun pudina, otak udang, nenas, bunga kantan, bawang, timun, cili padi, telur rebus, limau kasturi.
Kuah Laksa
WARUNG PANAS
KOEY TEOW GORENG
WARUNG WARNA-WARNI AUNTIE ROU
AIS KACANG & CENDUL CITARASA MALAYSIA
WARUNG ISTIMEWA PAKDAN
Sengkuang, buah mempelam, timun, buah jambu air, tau kuah goreng, cucur udang, buah apple hijau, taugeh, telur rebus goreng, sosej goreng & kuah rojak.
Kuah Pasembor
WARUNG PAKLAH CORNER
KAMBING PANGGANG GOLEK
Kambing panggang golek
Sos pudina & sos lada hitam
JUADAH PEMBUKA SELERA
ANEKA SALAD BARAT
Kacang panjang, kobis bulat, daun salad hijau (greenettuce), daun salad merah (lolorossa), bijiran jagung (corn kernel), timun, tomato, lobak merah.
ANEKA SAMBAL & DRESSING
Sambal belacan kampung
Budu kelantan
Sambal kicap cili padi
1000 Island dressing
French dressing
ANEKA PEMBUKA SELERA
Telur masin
Ikan masin goreng bawang dengan cili kering
Ikan bilis tempe berlada
JERUK BUAH-BUAHAN
ANEKA PILIHAN KEROPOK
Keropok ikan, Papadom & Keropok Udang
SUP & BUBUR
Sup ayam
Roti Banggali
Bubur Lambuk Ayam
JUADAH PEMANIS MULUT
PILIHAN ISTIMEWA
Agar-agar buah kiwi, agar-agar sirap laici, agar-agar pandan bersantan, puding mango, puding jagung, strawberry jelly.
Beraneka kek pilihan dan bikut raya (6 jenis)
ANEKA KUIH_MUIH MELAYU
Pilihan harian (6 manis atau 6 pedas)
BERANEKA JENIS PILIHAN BUAH KURMA
Buah Kurma black sesame, sesame, cahsew nut dan plain.
BUAH_BUAHAN TEMPATAN
MINUMAN
TEH TARIK & NESCAFE
PELBAGAI JENIS MINUMAN SEJUK KORDIAL
(4 jenis minuman dari F&B)
Sekian sahaja antara beberapa menu yang disediakan sepanjang ramadan di Ixora Hotel yang bertemakan Citarasa Desa Ala Pak Nass untuk ramadan buffet 2018 ini. Kadar bayaran adalah RM86nett utk dewasa & RM56nett utk kanak2 dan untuk early bird adalah RM70nett dengan bayaran full payment sebelum 25 Mei ini. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh rujuk maklumat yang tertera.
Hubungi untuk tempahan
04-382 8888
food.and.beverage@ixorahotel.com
0 Comments