MULAKAN KECANTIKAN DARI DALAMAN DENGAN KITA BEAUTIES PU'TH.
07:37
MULAKAN KECANTIKAN DARI DALAMAN DENGAN KITA BEAUTIES PU'TH | Kecantikan adalah satu perkara yang sangat diidamkan lagi-lagi kepada para wanita. Semua itu menjadi amalan wajib yang perlu dijaga sama ada penjagaan dari luaran mahupun dalaman. Untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman ini ada pelbagai cara sama ada anda memilih untuk menggunakan bahan semulajadi ataupun menggunakan produk yang ada di pasaran sekarang. Pada masa ini terdapat banyak produk kecantikkan yang dikeluarkan dan korang hanya perlu membuat pilihan yang bijak agar produk tersebut sesuai dan selamat digunakan.
Bagi produk kecantikkan seperti supplement atau kolagen ini sebenarnya sangat bagus kerana selain menjaga luaran kita dapat merawat dan menjaga dari dalaman. Jadi kali ini zya nak kongsi dengan korang satu produk yang diberi nama Kita Beauties yang mana ia adalah campuran minuman botani yang telah mendapat kelulusan Halal serta mendapat pengikhtirafan dari GMP mengikut kadar piawaian yang telah ditetapkan. Produk ini jamin selamat untuk digunakan tanpa was-was dan produk ini telah dilancarkan pada 15 September 2018 dan telah diedarkan di semua Guardian yang ada di Malaysia.
Kita Beauties mengeluarkan sebanyak 8 jenis produk dan zya memilih untuk Kita Beauties Pu'th ini kerana manfaat dan kelebihan dia tu mampu menyelesaikan masalah yang zya hadapi sekarang. Produk Kita Beauties ini didatangkan khas dengan kotak comel yang bertemakan "Sugar Candy Color" dan sekotak mempunyai 10 paket yang mana setiapnya ada 6 gram. Bagi Kita Beauties Pu'th ini ianya mengandungi bahan-bahan seperti:
Orange juice powder
Maltodextrin
Vitamin C
Guar gum
Silicon dioxide
Camu-camu
Alpha lipoid aci
Grape seed powder
Tricalcium phosphate
Peach flavour.
KELEBIHAN KITA BEAUTIES PU'TH
Antara kelebihan yang terdapat dalam produk kita pu'th ini ialah untuk mencerahkan kulit dan juga memberikan tona kulit sekata. Bahan kandungan seperti biji anggur yang terdapat dalam produk ini berfungsi untuk mencerah serta memberi keseimbangan pada kulit. Selain itu, camu-camu pula fungsinya lebih baik dari Vitamin C serta asid lipolik alfa yang berfungsi untuk mencegah penuaan dan keradangan pada kulit. Setiap ramuan bahan yang digunakan telah dikaji dan mempunyai kelebihan dan fungsinya yang tersendiri. Antara manfaat dan kelebihan lain produk ini adalah seperti berikut:
- Kulit muka lebih selesa dan lebih cerah.
- Membantu memelihara tona kulit, mengurangkan parut dari jerawat.
- Sesuai untuk kulit yang berminyak.
- Sesuai untuk diet
- Kulit menjadi sihat.
- Membantu mengurangkan masalah pori dalam masa 24 jam
- Mengurangkan keradangan pada kulit akibat jerawat.
- Antioksidan utama yang mencegah penuaan dan keradangan kulit.
- Warna kulit terpelihara keasliannya.
- Mengecilkan liang pori dan memberi efek yang glowing.
- Kulit yang lebih lembut, lebih baik dan lebih cerah bersih.
- Tinggi dengan vitamin C
- Mengukuhkan sistem imun.
- Sesuai untuk yang ada alergik kepada makanan laut.
CARA PENGAMBILAN
Cara pengambilannya adalah seperti di dalam video ini atau boleh klik link di SINI.
PENGALAMAN SENDIRI TERHADAP KITA BEAUTIES PU'TH
Selepas diperkenalkan dengan produk ini terus zya mencuba dan dalam beberapa hari sahaja zya dah dapat kesan seperti yang telah diterangkan. Tambahan pula, apabila zya lihat kandungannya baik untuk yang ada alahan pada makanan laut terus zya yakin untuk menggunakannya. Selain itu, zya juga mengalami masalah kulit berminyak dan akan menyebabkan pertumbuhan jerawat maka ianya sangat sesuai untuk zya amalkan. Masalah kulit berminyak dan jerawat zya semakin nampak perubahannya dan diharap pada masa akan datang kulit zya semakin sihat dan hilang segala masalah yang dihadapi oleh zya. Selain penjagaan luaran, dalaman juga turut dititikberatkan kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting. Jadi apa lagi yang korang tunggu jom dapatkan segera di Guardian yang berdekatan dengan anda dengan kadar harga RM28.80 (sekotak). Selain itu antara produk lain yang Kita Beauties telah keluarkan adalah seperti berikut:
KITA Col’la
KITA Ber’ies
KITA Blok’It
KITA Fib re
KITA Ku’ros
KITA MO’hair
KITA PUSH’UP
1 Comments