STAY FRESH SPARKLING BODY MIST BY TITI KAMAL X ALTHEA
08:34
Assalamualaikum semua hai semua pembaca hari ni zya nak kongsi satu produk terbaru dari Althea. Selalunya kalau sebut Althea mesti korang terpikir produk kecantikan saja kan tapi kali ni bukan skincare dan mekap tapi body mist. Ha satu-satunya perfume body mist yang dikeluarkan oleh Althea dan turut membuat kolaborasi dengan artis dan ikon terkenal Indonesia lagi iaitu Titi Kamal. Sapa ja yang tidak kenal Titi Kamal seorang jelitawan yang terkenal di Asia Tenggara ini. Selain bakatnya di dalam lakonan dan nyanyian beliau turut berbakat dalam bidang fesyen dan gaya.
Stay Fresh Sparkling Body Mist ini juga adalah diinspirasikan oleh Titi Kamal yang membuatkan Althea mengeluarkan produk wangian yang elegant, segar, dan manis. Apa yang menariknya lagi pasal produk ini ialah ia diperbuat daripada campuran buah-buahan dan bunga-bungaan seperti:
- Damask rose water : Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan bau haruman yang sangat lembut dan menyenangkan deria bau.
- Minyak jeruk manis : Menyegarkan deria bau
- Ekstrak bunga elder : Mendinginkan, menenangkan kulit serta memberikan haruman yang sangat feminin.
Bahan-bahan lain:
Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.
Cara Penggunaanya:
Selepas korang mandi atau sebelum kelaur korang spray sedikit ke badan, atau mana-mana tempat yang korang suka. Dengan kehadiran botol yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja bersama korang bagi memastikan korang sentiasa berasa segar dan wangi dengan Stay Fresh Sparkling Body Mist ini.
Antara Kelebihan Stay Fresh Sparkling Body Mist ini ialah:
- Ianya sesuai dikenakan untuk sebarang gaya tetapi lebih mengutamakan gaya romentik sehinggalah gaya yang biasa.
- Percikan dari body mist ini yang tidak melekit serta mampu meninggalkan kesegaran pada badan korang sepanjang hari.
- Merupakan satu bau dari buah-buahan dan bunga-bungaan yang lembut dan tahan lama.
- Didatangkan dengan pembungkusan yang ringan dan mudah untuk dibawa kemana-mana bersama korang.
Zya dah cuba memang dah jatuh cinta dengan bau haruman dari body mist terbaru dari Althea ni sampaikan nak tidur pun nak kena spray sedikit. Bau buah-buahan dan manis dia tu buat kita rasa tenang, nyaman dan segar sahaja. Korang boleh dapatkan sebotol Stay Fresh Sparkling Body Mist ni pada kadar harga RM35.00 (100ml). Korang boleh klik link di bawah jika ingin membuat pembelian dan sekiranya belum mendaftar korang boleh daftar dan log in masuk seperti biasa.
2 Comments