TUTORIAL MEKAP BERSAMA RANGKAIAN PRODUK TERBARU DARI ALTHEA KOREA

06:36


Mekap dengan seseorang yang bergelar wanita ni memang susah untuk dipisahkan. Manakan tidak setiap wanita itu mahukan kelihatan sentiasa cantik, berseri dan melangkah dengan yakin sekali bila berada di hadapan khalayak ramai. Walaupun zya ni sejenis yang tidak mekap sangat tapi bila sebut pasal barang mekap yang boleh bagi kita nampak cantik dan menawan itu sudah pasti tertarik nak guna. Baru-baru ni zya ada dapat satu parcel yang diterbang jauh dari Korea dan kalau siapa pernah ikuti entri zya sebelum ni mesti perasan parcel tu zya dapat dari mana kan. Ok kalau tak tahu produk tersebut ialah dari website Althea Malaysia yang mana semua produk ini diimport dan didatangkan khas dari Korea dengan penghantaran percuma lagi. Sebab itu zya suka semua barang dalam website Althea ni. 

Jom zya nak kongsi dengan korang video unboxing untuk produk Kbeauty yang zya dapat dari Althea dan dari produk tersebut jugalah terhasil satu video tutorial mekap buat julung-julung kalinya seketul zya ni kongsi mekap walaupun tidak profesional.hehehehe 


UNBOXING VIDEO

Antara produk yang zya dapat seperti dalam video ini adalah seperti berikut:-
  • Skin Relief Spot Film Gel
  • Flawless Creamy Concealer (Mocha, Honey, Vanilla & Ginger)
  • Eye Palette Sunrise & Moonrise BCLxAlthea
  • Spotlight Eye Glitter (Gold Light & Pink Light)
  • WaterColour Cream Tint (Plum Cream, Strawberry Cream, Marron Cream & Peach Cream)

Tada ini adalah hasil dari zya guna kesemua produk dalam video unboxing sebentar tadi. Jom zya nak kongsi dengan korang serba sedikit mengenai produk yang zya guna untuk membuat tutorial mekap ini dan untuk siapa yang beginner pun sesuai guna dan mencuba sebab produk dia bagus dan tak rugi kalau korang dapatkan pun. Kalau korang berminat dengan setiap produk yang zya kongsikan ni korang boleh klik dekat setiap nama produk yang bewarna merah di bawah ini.

RM19 (15ml)


Skin relief gel ini digunakan sebelum korang memulakan mekap kerana dia bertinda untuk menutup segala parut di muka korang. Apa yang bagus produk ini ialah ianya bersifat anti bakteria dan ini juga diperbuat daripada ekstrak minyak tea tree, ekstrak asiatica centella dan juga daun pine. Disebabkan itu produk ada bau wangi dari tea tree dan ia berbentuk gel sangat senang meresap ke kulit korang. So korang patut cuba apply yang ni sebelum memulakan mekap. 

RM15 (6g)


Ini pula adalah concelear yang mana ianya digunakan sebelum korang memakai foundation dan juga bertindak untuk menutup cela, lingkaran gelap dibawah dan segala cela-cela yang terdapat pada wajah korang dapat ditutupi dnegan baik. Selain sifatnya yang sangat ringan pada kulit ianya juga memberikan kelembapan untuk kulit si pemakai. Antara kandungan bahan yang digunakan dalam produk ini ialah Aquaxyl yang mana ia bersifat memberi kelembapan dan menghindarkan kulit korang dari hidrasi. Didatangkan dengan bekas yang comel dan memudahkan korang untuk bawa di dalam handbeg korang kemana-mana sahaja dan ianya terdapat dalam 4 pilihan warna yang boleh digunakan mengikut kesesuaian korang. Korang boleh lihat gambar di bawah menunjukkan nama untuk setiap warna yang zya sendiri dah cuba calitkan bagi menunjukkan warna sebenar concealer ini.


RM140


Eyeshadow terbaru yang dikeluarkan oleh Althea ini telah berkolaborasi dengan artis terkenal Indonesia ianya Bunga Citra Lestari (BCL) dan disebabkan itulah eyeshadow ni pun cantik macam namanya. Didatangkan dengan 6 pilihan warna yang sangat cantik, sangat pigmented dan siap ada glitter-glitter lagi. So, korang cuba cipta bermacam-macam look dengan eyeshadow ini serius memang best. Eyeshadow ni sangat senang korang blend dan kalau korang apply guna jari pun boleh sebab dia masih mengekalkan warna dia langsung tidak lari dari warna yang asal. So, orang patut ada satu eyeshadow pallete ni.

RM24 (4.5ml)


Bila dah selesaikan dengan eyeshadow semua korang boleh letak spotlight eye glitter dekat sudut hujung mata korang ataupun dibawah mata atau di atas kelopak mata pun boleh juga. Zya suka sangat dengan yang warna gold light ni diletakkan di hujung mata nampak naik seri lip lap lip lap gitu. Comel-comel jer bekas dia dan sangat menjimatkan sebab korang apply sedikit sahaja dia dah jadi melekat elok. Tapi hati-hati jangan sampai tertonyoh dalam mata pula ya, almaklulah terlebih excited nak kelihatan lip lap lip lap tu.hahahahaha.

RM20 (4.5ml)


Sekarang beralih kepada produk yang paling zya suka dalam dunia mekap ini iaitu gincu bak kata mak zya. hehehe Zya cukup suka lipstik dan seumpamanya la yang berkaitan dengan bibir ni sebab dari sini akan nampak kita lebih terserlah cantik dan menawan. Antara produk Althea yang zya suka adalah cream tint ni sebab produk ni lebih kurang macam lip tint cuma beza dia berbentuk cream dan cepat meresap ke bibir dan tidak berminyak. Ianya bersifat agak terang jika dibandingkan dengan lip tint yang agak jernih teksturnya bila di apply di bibir.


Didatangkan dengan bekas yang cute, mudah dibawa dan berus dia yang halus itu sangat memudahkan zya untuk apply pada bibir zya yang agak halus dan nipis ni. Korang hanya perlu apply sekali lalu sahaja dan ianya telah menyerlahkan bibir anda yang munggil itu. Cream tint ini mengandungi asid hyaluronic dan juga squalene yang mana ia memberi kelembapan pada bibir korang. Terdapat 4 warna pilihan yang boleh korang guna mengikut citarasa korang dan zya sudah semestinya memilih kod 01 yang mana merah dia yang mernyerlahkan serta menaikkan seri di wajah zya. Bau dari cream tint ini juga macam bau buah-buahan sahaja. 


Korang dah tahu dengan jelas fungsi dan kelebihan setiap produk jadi jom kita layan tutorial mekap yang zya rakamkan ini khas untuk tatapan pembaca blog zya ini dan serius zya brpuas hati sangat dengan hasilnya. Simple but nice kan. 


Video - Tutorial Mekap

Terima Kasih Althea Kbeauty 



You Might Also Like

1 Comments