Merasai Nikmat Berbuka Puasa Dengan Tema Khazanah Sajian Nusantara Di The Light Hotel Penang.
Bila tiba bulan ramadhan ni mula la duk atur tempat makan sana sini, kadang tu saja la nak rasa menu yang lain dari yang lain. Saban tahun aku pasti akan datang ke The Light Hotel ini untuk merasai juadah berbuka puasa mereka yang setiap tahun berbeza temanya. Jadi rugilah kalau aku tak datang kan. Apa yang lebih menarik dan buat aku nak sangat datang sini sudah semestinya teh tarik kaw padu kot. Serius aku kalau datang The Light Hotel ni korang wajib cuba sebab nanti korang pasti repeat punya. Ok bebel banyak plak pasal teh tarik kaw padu dia ni, apa kata kita tengok menu-menu yang dorang sediakan sepanjang bulan ramadhan ini dengan tema "Khazanah Sajian Nusantara".
Sebut sahaja Khazanah Sajian Nusantara ini sudah semestinyalah menu-menu dia bercirikan lauk-pauk kampung yang terdiri daripada pelbagai jenis masakan di Malaysia ini. Apa yang menarik sekalu pada kali ini signature dish dia adalah masak lemak dan pedas yang mana ia merupakan makanan tradisi dan terkenal di kalangan masyarkat Minang yang mana ianya berasal dari Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat juga menu-menu yang bercirikan masakan kampung style dan korang pasti akan teringat masakan mak-mak korang di kampung bagi yang berjauhan dengan mak tu boleh la korang datang sini. Sekurangnya terubat sikit rindu pada mak dikampung tu tetapi mereka bukan sahaja menyediakan menu itu sahaja kerana The Light Hotel turut menyediakan 171 menu yang mana terdapat 6 gerai masakan secara live, 6 jenis gulai kawah, 20 jenis lauk-pauk, 2 jenis nasi, dan juga lebih dari 15 jenis desserts dan sebagainya. Wei penat kalau nak cerita satu-satu menu dia memang banyak dan puas hati gila. So meh la korang cuci mata satu persatu menu yang disediakan oleh team kitchen di The Light Hotel kali ini.
Antara Menu-menu yang disediakan oleh The Light Hotel ialah:-
Briyani Kambing
Chicken Bukhari
Kari Kepala Ikan
Beraneka Jenis Lauk-Pauk
Beraneka lauk-pauk seperti ketam bercili, daging lembu tenderlon dengan salutan kopi istimewa, lasagna seafood, mashed potato, nyonya fish, otak-otak, ayam bawang, dalca telur, sambal udang, kurma kambing, pajeri nenas, kerutuk kambing, dan ayam penyet.
Bagaimanapun setiap menu ini akan dirotated setiap hari sepanjang sebulan ramadhan ini. Disamping itu terdapat juga lauk-pauk kawah yang mana korang wajib cuba sebab disini terdapat masakan minang yang menjadi kebanggaan rakyat Negeri Sembilan. Antaranya adalah daging rendang nogori, gulai lemak nanas ikan talang masin, sambel gesek, gulai pisang muda, gulai pucuk ubi ikan bilis, gulai ikan sembilang salai, gulai daging salai pucuk ubi telunjuk dan lain-lain lagi.
Pelbagai Aneka Pilihan Kerabu, Ulam-ulaman dan juga Sambal Belacan.
Kambing Percik Minang
Gerai Tandoori
Gerai Nasi Ayam
Kambing Keema Dengan Roti Pita
Tomyam Makanan Laut & Sup Gearbox
Pencuci Mulut (Buah-buahan tempatan)
Pemanis Mulut
Kuih-Muih Tradisional
Gerai Ais Kacang
Pasemboq
Rojak Buah
Pelbagai Jenis Minuman Sejuk dan Panas.
Teh tarik padu ni korang wajib cuba tau dan jangan lepaskan peluang tahun ini untuk berbuka di The Light Hotel, Penang. Pakat-pakat bawa keluarga, adik-beradik, kawan-kawan dan juga staff-staff tempat kerja untuk menjamu selera disini. Kadar harganya pula sangat berbaloi dengan menu-menu yang disediakan di sini. RM110 nett untuk dewasa dan RM88 nett untuk kanak-kanak yang senior citizen. Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh hubungi number 04-3821111 atau emel ke info@thelighthotelpg.com.
Terima kasih The Light Hotel, Penang untuk menu-menu yang sangat menyelerakan ini.
Upacara Perasmian
2 Comments