Disebalik Kejayaan Rempah Ratus Mak Siti Yang Semakin Menjadi Tarikan Ramai.

by - 08:02


Musim-musim raya ni semakin banyak menu yang kita nak masak untuk para tetamu dan baru-baru ini aku ada ternampak satu produk rempah ratus Mak Siti namanya. Tetiba rasa tertarik nak lihat lebih dekat untuk semua produk keluaran melayu ini. Yang buat aku tertarik tu dia ada pes untuk daging masak kicap, perghhhhh tu memang favourite aku la. Korang pun patut cuba sebab dia bukan setakat rempah ratus sahaja tetapi pelbagai jenis lagi produk lagi yang dikelaurkan oleh Mak Siti ini. Sejujurnya produk Mak Siti ini memang semakin menjadi tarikan buat golongan mak-mak yang sangat gemar memasak tu. 

Memandangkan produk dia ni nampak menarik aku pun rasa tertarik untuk mengenali siapa pengasas dan apa rahsia kejayaan yang boleh buat produk Mak Siti ini menjadi tarikan ramai. Jom aku nak kongsi sikit disebalik kejayaan produk ini dari maklumat yang aku ada ini. 


Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin). Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Sejarah Penubuhan Mak Siti


Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali. 40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet. 

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya. Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang. Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal. Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini. 


Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya. Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti. 

Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia. Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.


Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.. Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit. Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.


Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi. 

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”. Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu. Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”Ujarnya. Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Terdapat Ladang Dan Restoran Sendiri. 

Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba. Ladang dan kilang terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor yang merangkumi kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR). 


Selain daripada mengusahakan ladang Rempah Ratus Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran . “Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti. Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar. Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri. Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan. 


“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur. “Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya. Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli. Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .


Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin. Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan. “Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa. Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.



Wah sungguh mengagumkan hasil kejayaan Puan Siti ini untuk produk Mak Siti. Tetiba bagi aku satu semangat yang luar biasa untuk berjaya macam beliau kerana setiap kejayaan itu akan bermula dengan rasa susah, jatuh dan bangun. Tapi tanpa rasa putus asa itulah yang akan membuahkan kejayaan yang luar biasa yang mana kita sendiri tidak pernah percaya kita mampu sampai satu tahap ini. Jadi korang cepat-cepat pergi cuba produk Mak Siti ini sebelum stock di pasaran licin teruk.


Maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat di bawah ini.
Web :

Facebook : 

Instagram : 


You May Also Like

1 Comments