Jom kita teroka dunia teddy bear bersama zya akma di Teddy Ville Museum, Penang.

07:59


Hai semua baru-baru ini zya berkesempatan untuk menerokai dunia teddy bear yang sebenar. Sebelum ini zya hanya tahu patung teddy bear saja dan tak tahu pula rupanya dia ada sejarah dia yang tersendiri. Pada awalnya teddy bear dipil “Bear 55” PB sebelum namanya bertukar kepada teddy bear. Nama Teddy Bear berasal dari mantan Presiden Amerika Syarikat iaitu Theodore Roosevelt, yang nama panggilannya adalah "Teddy". Patung Teddy bear ini pada awal kemunculannya adalah berupa seperti beruang asli, dengan mata dari manik-manik. Teddy Bears pada zaman sekarang memiliki mata yang lebar, dengan dahi yang lebih kecil, mirip seperti bayi. Selain itu, teddy bear masa zaman pertama kemunculannya memang tidak pandai senyum dan kebanyakkannya semua muka masam mencuka saja. Kalau korang perhati teddy bear zaman sekarang semuanya muka penuh dengan senyuman manis. Korang boleh tengok sejarah penubuhan dia dari tahun ke tahun seperti dalam gambar di bawah.


Semasa korang masuk bahagian pertama ini akan menerangkan sejarah mengenai teddy bear serta terdapat koleksi tedd bear yang lama dan masih dijaga rapi kerana harga setiap sat teddy bear boleh mencecah beribu-ribu ringgit. Memang zya agak terkejut kerana tidak tahu pula ada harga teddy bear yang semahal ini dan jangan tidka tahu ada juga orang yang penggemar teddy bear dan sanggup untuk membeli walaupun harganya mencecah ribuan ringgit. Boleh lihat antara koleksi dan beberapa maklumat yang disediakan di ruangan pertama ini. 







Selesai bahagian ini, kita akan dibawa ke dunia penggembaraan teddy bear yang sebenar yang mana akan terdapat replika teddy bear yang comel dan digabungkan dan dipadankn mengikut tempat-tempat yang menarik di Penang ini. Zya memang teruja sangat bila tengok satu persatu bagaimana teilitinya mereka menghias dan buka deko untuk satu-satu kawasan itu. Antara tempat menarik di Penang yang ada di dalam Teddy Ville Museum ini ialah, Bukit Bendera, Street Art, Persiaran Gurney, Bandar Georgetown, Batu Feringgi, Jambatan Pulau Pinang dan sebagainya. Comel-comel sangat kalau korang lihat depan mata sebab bila korang ada iphone gambar itu akan nampak lebih cantik dan real.

Bandar Georgetown dan Street Art.





Jambatan Pulau Pinang


Bukit Bendera



Batu Feringgi




Persiaran Gurney




Lain-lain



Selain daripada patung-patung yang dideko mengikut tempat-tempat yang menarik di Penang ada juga patung-patung yang dideko mengikut bangsa yang terdapat di Penang ini. Semua orang tahu Penang dan Malaysia ini terdiri daripada 3 bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Makanya di sini mereka membuat dekorasi perayaan mengikut kaum masing-masing sambil didendangkan dengan lagu-lagu yang dari bahasa yang tersendiri. Korang boleh lihat sendiri teddy bear yang comel-comel ini beraksi untuk musim perayaan mereka masing-masing. 

Bangsa Melayu




Bangsa Cina



Bangsa India



Selain dari patung-patung yang comel ini terdapat patung-patung teddy bear yang besar-besar dan lebih tinggi dari korang. Untuk bahagian ini korang boleh bergambar dan bergaya bersama dengan teddy bear yang comel ini. Kalau yang ada anak-anak itu memang sesuai sangat untuk bawa diaorang ke sini. Pastinya anak-anak gembira dan mak ayah pun boleh tumpang sekaki bergambar kerana setiap sudut di dalam Teddy Ville Museum ini tidak akan pernah mengecewakan korang. 






Jom lihat pula antara aksi-aksi zya bersama teddy bear yang sempat zya ambik. 















Di penghujung penerokaan dan penggembaraan dunia teddy bear ini korang akan sampai di satu kawasan kedai serbaneka yang mana di sini korang boleh membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. 





Sekiranya korang berminat untuk datang ke sini korang boleh rujuk maklumat yang diberi dan bayaran untuk masuk ke sini ialah bagi dewasa - RM36 (my kad RM27), pelajar - RM29 (my kad RM22), kanak-kanak - RM25 (my kad RM15)

Alamat : 
TeddyVille Museum
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang, Malaysia.

Waktu Perkhidmatan : 
Setiap Hari (9am-6pm)

No. Telefon : 016-5505949

E-mel :
beary@teddyvillemuseum.com

Laman Web :
teddyvillemuseum.com
















You Might Also Like

6 Comments