SUSAH MENCARI KUIH-MUIH TRADISIONAL MALAYSIA? KINI KUIH CULTURE ADA JAWAPANNYA.

06:31

Kalau sebut saja Penang pasti terkenal dengan makanan-makanan yang pelbagai. Antara salah satu tempat yang menjadi tarikan istimewa orang tempatan dan juga pelancong. Disini ada banyak pilihan makanan dan tempat ini diberi nama Kuih Culture. Ianya terletak di tengah bandar Georgetown dan senang untuk korang cari. Korang boleh waze dan cari signboard seperti di bawah ni.


Kuih Culture ini banyak menyediakan kuih tradiosional masyarakat di Malaysia dan juga terdapat menu-menu sampingan yang lain dan korang patot cuba. Bagi aku menu-menu di sini agak unio dan aku jarang-jarang jumpa di tempat lain. Jom kita tengok makanan yang aku dan rakan-rakan dah cuba semasa kunjungan kami tempoh hari.

PELBAGAI ANEKA KUIH-MUIH


DURIAN ANGKOO


Nama pun Kuih Culture makanya menu utama dia sudah semestinya pelbagai jenis kuih-muih tradisional rakyat Malaysia ada di sini. Memandangkan aku peminat seri muka jadi aku suka dengan seri muka dia yang cukup rasa dan lemak-lemak gitu. Bagi durian angkoo pula ini adalah pertama kali aku cuba dan memang rasa durian pada inti di dalamnya tu. Bila korang ke sini korang akan rambang mata dengan pilihan kuih-muih yang terdapat di sini. 

LAKSA HOT POT


MEE JAWA


PRAWN SOUP HOT POT


WHITE CURRY MEE


HOKKIEN PRAWN MEE


FRIED LAKSA 


CHAR KOAY TEOW


Untuk menu-menu di atas ini aku sangat rekeman untuk korang cuba kerana bagi aku menu ni sangat unik dan ada yang tidak aku pernah jumpa lagi di mana-mana kedai. Antara menu yang bagi aku unik tapi sedap adalah laksa goreng dan laksa hot pot. Selalu kita makan digabungkan kedua-duanya sekali tapi kali ini didatangkan dalam dua menu yang berasingan. Untuk laksa hot pot ni macam korang hirup kuah laksa bersama-sama dengan isinya, dia seumpama tomyam tapi kuah laksa. hahahaha susah aku nak terangkan di sini sebab tu korang kena cuba sendiri bila ke sini. Tetapi menu-menu ini adalah terhad sehingga hujung tahun ini akan tetapi sekiranya mendapat sambutan dan permintaan mereka akan meneruskan selagi mendapat sambutan hangat dari pelanggannya. 

NASI LEMAK 


CHICKEN CHOP


SOUTH CHINA SEA 


CENDOL


Kesemua menu ini korang patut cuba di Kuih Culture dan korang tidak perlu risau dengan status halalnya kerana mereka memang mendapat sijil halal yang diiktiraf dan terpapar sijil halal di luar premis mereka. 


Selain menjamu selera korang juga boleh bergambar dengan lukisan 3D yang ada disediakan di tingkat atas kedai ini. Pelbagai lukisan dinding yang menarik ada di sini dan korang boleh jadikan ianya sebagai kenang-kenangan mengunjungi kedai ini. 







Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat di bawah ini. 

Alamat:- 
59A, Lebuh Kimberley, 
10100 George Town, Pulau Pinang.

Hubungi:-
011-5628 2889






You Might Also Like

5 Comments