Bahayanya Kandungan Di Dalam Rokok Dan Cara Menghindarinya.
02:54Aktiviti merokok pada masa ini sememangnya sudah sebati dalam beberapa kalangan dari kita malah ada yang ianya sudah menjadi tabiat yang tidak boleh ditinggalkan lagi. Separuh nyawa mereka boleh dikatakan hilang sekiranya tidak merokok walaupun baru beberapa jam sahaja. Tabiat merokok ini juga dianggap sebagai satu lambang maskulin atau kehebatan bagi sesetengah orang. Pasti pelbagai persoalan sedang bermain-main di minda korang kan bagi yang tidak pernah merokok ini.
Kenapakah keadaan seperti ini terjadi?
Bagaimana untuk atasi tabiat seperti ini?
Sekarang jom aku nak terangkan dengan korang apa bahan yang terkandung di dalam rokok apakah kelemahan atau keburukan bahan-bahan ini. Sebenarnya terdapat banyak bahan-bahan kimia di dalam rokok tetapi di sini saya hanya terangkan beberapa bahan yang sering kita dengar dan popular. Antaranya ialah Nikotin, Tar dan Karbon Monoksida. Sebenarnya bahan-bahan di dalam rokok adalah berbahaya dan boleh memudaratkan.Kandungan bahan-bahan ini adalah beracun dan ianya terhasil apabila proses pembakaran berlaku serta menyebabkan perubahan kimia terhadap sebatian semula jadi di dalam tembakau.
Nikotin
Nikotin merupakan bahan yang terkandung di dalam rokok. Kajian menunjukkan nikotin adalah penggalak kepada pertumbuhan kanser. Sebenarnya Nikotin ini akan meransang pengeluaran dopamin di dalam otak. Apa itu Dopamin? Dopamin adalah satu hormon yang akan menyebabkan seseorang untuk merasa gembira dan teruja apabila mengambilnya. Dari hal ini lah yang menyebabkan orang ramai suka mengambilnya dan ada sesetengah orang menjadikan rokok ini sebagai sumber yang memberikan kelegaan dari tekanan hidup
Tar
Tar pula adalah antara bahan kimia yang terhasil daripada pembakaran tembakau dan boleh menyebabkan kanser apabila asap rokok memasuki paru-paru, tar terus membentuk kepada suatu lapisan melekit di dalam paru-paru dan boleh menyebabkan kanser paru-paru, emfisema (iaitu penyakit kronik yang melibatkan kerosakan pada kantung udara paru-paru), atau masalah paru-paru yang lain.
Karbon Monoksida
Karbon monoksida adalah sejenis gas toksik, yang mana ia turut dihasilkan ketika rokok dibakar. Gas toksik yang dihasilkan ini mengambil tempat oksigen dalam darah kita dan terus memaksa jantung untuk bekerja dengan lebih laju dalam membekalkan oksigen ke seluruh badan. Keracunan karbon monoksida ini turut boleh menyebabkan kepeningan, kekeliruan serta kesukaran untuk bernafas. Buat pengetahuan korang, kemudaratan yang dibawa oleh asap rokok itu bukan terhad kepada perokok, tetapi ia juga kepada orang di sekitar korang dan biasanya ahli keluarga terdekat.
Pembakaran rokok sememangnya berbahaya kerana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Ini berikutan, asap yang terhasil daripada pembakaran rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia beracun. Jadi beralihlah kepada produk alternatif seperti rokok elektronik (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heat-not-burn alternative), asap (heat-not-burn alternative). Antara Contohnya, peranti tembakau yang dipanaskan tanpa pembakaran.
Alternatif ini mampu memenuhi kepuasan di dalam kalangan penggunanya malah ia dipercayai lebih selamat untuk digunakan berbanding dengan rokok. Ini adalah kerana produk-produk baharu ini tidak bergantung kepada prinsip pembakaran dan tidak menghasilkan asap. Berdasarkan prinsip dipanaskan dan bukan dibakar (heat-not-burn), peranti tembakau yang dipanaskan ini cuma memanaskan tembakau untuk membebaskan nikotin dalam bentuk wap. Ini adalah salah satu cara alternatif yang korang boleh gunakan untuk mengurangkan pembakaran rokok. Walaupun ianya tidak sepenuhnya bebas daripada risiko, tetapi produk alternatif ini dikatakan pilihan yang tetap daripada terus merokok. Namun begitu, pilihan terbaik bagi perokok adalah untuk berhenti merokok sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok
Di samping itu, korang juga boleh mencuba penggunaan ubat-ubatan lain untuk mengurangkan ketagihan kepada merokok. Antaranya adalah ubat-ubatan seperti nicorrette yang ada dijual di pasaran sekarang serta beberapa produk lain lagi yang korang boleh dapati bagi mengurangkan ketagihan melampau terhadapa rokok ini.
Jadi pilihan adalah di tangan korang dan hanya korang yang perlu menentukan sendiri untuk berhenti ataupun tidak. Sudah jelas merokok itu merbahaya dan ianya perlu ditangani dengan segera. Dorongan dan motivasi perlu diberikan bagi mereka yang ingin dan sentiasa berusaha untuk berhenti ketagihan merokok ini.
Sumber:
0 Comments