SAFI YOUTH GOLD (SYG) MAMPU MENGANJALKAN KULIT DAN MENGHILANGKAN KEDUTAN PADA WAJAH.
08:08Semakin meningkat umur makanya semakin mendalam lah penjagaan wajah yang perlu kita ambil tahu dan titik beratkan. Sejak aku bergelar isteri orang ini kehidupan semakin berubah, semakin kuat makan dan bertambahlah double chin dan ini membuatkan aku menjadi risau. Jadi aku buat carian dan kaji produk yag sesuai dengan usia sekarang dan aku jumpa Safi Youth Gold iaitu produk terbaru dari Safi. Jom aku review serba sedikit mengenai produk safi ini.
Safi adalah jenama penjagaan kulit Halal No.1 di Malaysia. Mereka akan sentiasa memperkenalkan teknologi baharu yang disokong oleh tuntutan klinikal dan saintifik untuk meningkatkan lagi imej jenama dan kelayakan dalam kalangan penggunanya. Baru-baru ini Safi telah melancarkan rangkaian Safi Youth Gold, iaitu produk anti-penuaan dan mengangkat rangkaian penjagaan kulit yang dahulunya merupakanvSafi Rania Gold. Rangkaian baharu ini bertujuan untuk menarik minat pengguna kategori anti-penuaan yang tercari-cari produk penjagaan kulit. Produk anti-penuaan ini adalah formulasi yang lebih baik dan pembungkusan yang lebih menarik pada harga yang berpatutan. Selaras dengan keperluan pengguna semasa, Safi Youth Gold telah memperkenalkan dua produk terkini dalam rangkaian yang membantu mengurangkan masalah penuaan kulit seperti dagu berganda dan kulit kendur yang berpotensi mengurangkan keyakinan terhadap wanita moden pada masa kini.
Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum
Formulasi serum ringan dan berkesan yang diperkaya dengan kuasa Aktif Duo Age-Correcting iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk memberikan "Pembaharuan Keremajaan Kulit 7D" dengan menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak. *Kulit kelihatan lebih tegang seawal 15 minit agar lebih muda, anjal dan berseri.
Berdasarkan ujian saintifik dan klinikal teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.
Kandungan Bahannya:-
- Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
- Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
- Ceramide 3 – Menguatkan lapisan kulit untuk mengunci kelembapan, menghaluskan tekstur kulit dan meningkatkan seri wajah.
Lifting 24K Serum Cleanser
Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal.
Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.
Kandungan Bahan:-
Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.
Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal. Secara ringkasnya produk ini wajib menjadi pilihan korang juga adalah kerana ia:-
- Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur.
- Mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.
- Tampil lebih muda dengan wajah lebih anjal, runcing dan tirus
- Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.
- Formulasi tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.
- Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit seperti menegangkan kulit, meningkatkan keanjalan mengurangkan garis halus & kedutan, meningkatkan kelembapan kulit, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit, memperbaiki kulit rosak.
Harga yang dijual juga adalah sangat berpatutan dengan hanya RM59.00 untuk Lifting Golden C Duo Serum dan RM19.80 untuk Lifting 24K Serum Cleanser. Produk ini boleh didapati di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. Lifting Golden C Duo Serum https://bit.ly/3izM0fm
Untuk mendaptkan lebih lagi maklumat lanjut mengenai SAFI Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ini, korang boleh rujuk link di bawah ini:-
Facebook: https://www.facebook.com/SAFI.MY/
0 Comments