Makanan Tradisional Cina Yang Perlu Korang Cuba | Fengyi

21:25



Ramai antara kita yang suka akan makanan tradisional cina tetapi susah untuk mencari yang muslim friendly dan rasa was-was. Di sini aku nak kongsi dengan korang satu cafe yang menjual makanan tradisional cina dan muslim friendly iaitu Fengyi. Fengyi ini terkenal dengan menu-menu tradisional cina serta pelbagai kuih-muih tradisional di negara kita. Bagi sesiapa yang peminat dumpling di sini korang patut datang dan mencuba. Aku pertama kali mencuba dumpling tradisional mereka yang mana di balut atau bungkus dengan daun bunga teratai. Ianya seumpama ketupat atau lemang bagi makanan masyarakat orang melayu. Tetapi dumpling ini ditambah dengan beberapa bahan lain lagi seperti telur itik herba dan beberapa lagi bahan yang lain. Selain itu terdapat juga menu sup kacang merah dan ini adalah pertama kali aku mencuba dan memang kena dengan tekak aku sebab sekali korang makan dan hirup sup ini memang susah nak berhenti punya. Jom aku kongsi dengan korang menu-menu yang aku dah cuba di cafe ini. 

Premium Dumpling


Inilah dumpling yang aku cerita tadi tu dan disebalik dumpling ini ada sejarahnya yang tersendiri. Dan dumpling ini boleh dikatakan signature di sini dan koran patut cuba ya. 

Sup Kacang Merah 

Chee Cheong Fun 

Chee Cheong Fun ni sedap gila memang hampa patut cuba sebab sos dia tu sedap sangat.

Popia Goreng


Popia Goreng ini semua oran pernah makan dan popia ini pun aku sangat rekeman untuk korang cuba. 

Dumpling 


Ini juga adalah dumpling yang dikukus dan ada rasa udang kering. Bagi aku sedap dan korang patut cuba. 

Yam Cake


Ini adalah ubi keladi dan rasanya agak kenyal dan kena dengan tekak aku. Cuma ianya cepat mengenyangkan. Korang juga patut cuba menu ini. 

Aneka Kuih-muih



Sekian sedikit menu-menu yang telah aku cuba dan sebenarnya diaorang ada banyak lagi menu lain sepeti dim sum dan sebagainya. Tetapi menu-menu yang aku dah cuba tadi adalah yang sangat telah direkeman oleh owner cafe ini sendiri, Jadi untuk korang yang nak mencuba menu lain boleh la datang ke foodcourt Gurney Plaza di tingkat 4 dan cari cafe nama Fengyi. Jangan lupa korang kongsikan menu yang koang cuba di ruang komen ini ya. Boleh nanti aku pergi dan cuba menu lain pula. 














You Might Also Like

0 Comments