BERCUTI SAMBIL LAYAN THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA DI IPOH.

07:53


BERCUTI SAMBIL LAYAN THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA DI IPOH | Pada bulan Oktober 2022 ini bakal diadakan The Haven Musical Extravaganza hasil kerjasama dengan Selangor Symphony Orchestra dan disokongi oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan (MOTAC) di The Haven Resort Ipoh bersempena dengan kemenangan anugerah All Suite Resort. 

Para tetamu di resort dan peminat muzik boleh menantikan penginapan mewah ini di samping malam muzikal dan gastronomi di persekitaran resort yang indah. Korang pasti tidak akan kecewa, selain menikmati suasana resort yang serba cantik, tenang, dan nyaman, korang juga akan merasai suatu pengalaman pertama yang baru dan imersif dengan persembahan muzik "Sensurround" yang merupakan persembahan yang pertama seumpamanya dengan dilengkapi oleh landskap unik akustik semula jadi dan teknologi The Haven Resort. 

Tetamu resort dapat membuat pilihan untuk menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik mereka melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Alunan musik dari tasik menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok. Bagi aku lebih suka menikmati alunan muzik di tepi tasik bersama suami sambil menikmati suasana yang tenang dan aman di sekitar resort. 

Selain itu, pihak tetamu di resort boleh membuat pilihan ingin menikmati konsert sama ada di taman di tepi tasik, Amfiteater atau dari balkoni yang selesa di unit bilik korang melalui pakej muzik istimewa yang telah disediakan. Setiap alunan musik dari tasik ini menjadi lebih istimewa dengan kedudukan strategik pemuzik di sekitar resort, pinggir hutan dan di setiap aras ketiga-tiga blok di The Haven Resort, Ipoh ini. 

L-R: Tuan Haji Khairul Anuar bin Haji Lodin (Senior Technical Director)

Dr. Richard Ng (Ipoh City Councillor), 

Mr Peter Chan (CEO, The Haven),

 Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud (Datuk Bandar Ipoh), 

Puan Nurmalis bt Musa (CEO, Tourism Perak), 

Dato Seri Steve Low (CEO, Ab Life).


Semasa majlis pelancaran yang telah diadakan baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif The Haven All Suite Resort iaitu Peter Chan ada berkata, “Selepas berehat daripada pandemik, kami ingin sambung kembali industri pelancongan. Apakah lagi cara yang lebih baik kalau bukan menyediakan percutian hujung minggu ke The Haven Resort di Ipoh dengan persembahan muzikal ekstravaganza yang indah? Tetamu yang menginap bersama kami akan diberikan pengalaman konsert musik yang unik dan pertama seumpamanya dengan alunan muzik dari pentas terapung di tasik yang dilengkapi dengan alam semula jadi hutan di sekelilingnya.

Tambahnya lagi, “Diinspirasikan oleh Festival Muzik Tahunan Hutan Hujan Sarawak; kami percaya The Haven Musical Extravaganza berpotensi untuk menjadi acara tahunan yang paling menarik dan dijadikan tarikan penting untuk negeri Perak. Kami berharap pertunjukan muzikal ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi acara yang akan mempromosikan Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian.”

Datuk Bandar Ipoh iaitu Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud juga ada berkata, “Sudah tiba masanya untuk The Haven memperkenalkan Muzikal Extravaganza di Ipoh. Usaha memperkenalkan muzikal ekstravaganza ini sememangnya kreatif dan dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri Perak yang sedang berikhtiar untuk mempromosi Ipoh sebagai Bandar Batu Kapur, Muzik dan Kesenian Asia. Sokongan sektor swasta, terutamanya dalam usaha mereka untuk mempromosikan Ipoh sebagai destinasi pelancongan utama amat dihargai khususnya untuk pelancong tempatan dan asing.”

Katanya lagi, “Setelah wabak ini beransur-ansur hilang, Ipoh dijadualkan terus menjadi perhatian serta pilihan percutian yang indah untuk para pelancong. Dengan kesan pandemik selama 2 ½ tahun, ia tidak melemahkan semangat The Haven untuk memulih serta memastikan kemajuan Bandaraya Ipoh lebih hebat lagi.”

Pengasas Selangor Symphony Orchestra iaitu Eugene Pook juga ada berkata “SSO amat teruja untuk bekerjasama dengan The Haven Resort Ipoh dalam memberikan pengalaman deria baharu dalam muzik. Siri ini menghimpunkan orang ramai daripada semua latar belakang untuk menikmati muzik bertaraf dunia di dalam suasana yang paling indah, di salah satu bandar bersejarah Malaysia,”.

THE HAVEN RESORT, IPOH 

Bagi pengetahuan korang The Haven Resort ini merupakan penyokong kepada pelbagai inisiatif yang diketuai oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak. Dengan itu, The Haven Resort telah iktiraf kepentingan menyokong industri pelancongan Perak dan peningkatan ekonomi tempatan dengan usaha-usaha mereka untuk menarik pengunjung dari seluruh Asia. Majlis Bandaraya Ipoh di bawah pimpinan Dato' Rumaizi bin Baharin @ Md Daud juga telah mula mempromosikan Ipoh sebagai sebuah Bandar Batu Kapur, Muzik & Kesenian di Asia

THE HAVEN MUSICAL EXTRAVAGANZA 

The Haven Musical Extravaganza ini adalah salah satu daripada persembahan-persembahan yang akan datang dan Puan Nurmalis bt Musa, iaitu CEO Tourism Perak, juga akan menghadiri pasa acara tersebut. Korang pun patut datang juga dan alami sendiri pengalaman manis yang julung2 kali diadakan di Ipoh ini. 

Persembahan konsert tersebut akan dipersembahkan oleh konduktor Eugene Pook, mezzo-soprano Jiayao Sun, pemain biola antarabangsa Dr. Hyungi Kim dan penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi dari Malaysia. Karya dari The Sound of Music, Phantom of the Opera, dan Kitaro, serta karya Selangor Symphony Orchestra akan ditampilkan dalam program ini. Kesemua persembahan akan bermula tepat jam 8:00 malam. 


(Kiri-Kanan: Konductor SSO Eugene Pook, Pemain Biola Dr. Hyungi Kim, Mezzo-Soprano Jiayao Sun & Penyanyi Asyraf Farhan Adi Zairi).

Persembahan tersebut akan diadakan selama tiga malam iaitu pada 27hb, 28hb dan 29hb Oktober 2022 ini. Bagi harga pakej muzikal ini pula, akan bermula dari harga RM390++/seorang dan pakej ini boleh dibeli melalui laman web: https://www.thehavenresorts.com/musical-extravaganza, atau WhatsApp +6019-759-8285, atau hubungi Jabatan Acara: Cik Yee Lai Kuan telefon bimbit/ WhatsApp +6012-570-5498.

Keseluruhan pakej yang tersedia adalah termasuk dengan penginapan di suite yang serba lengkap, dan sarapan yang mewah disajikan pada pagi berikutnya. Para tetamu juga boleh memilih untuk menambah makan malam bufet antarabangsa untuk melengkapkan pengalaman mereka dengan harga RM75.00 bersih.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.thehavenresorts.com/
*Termasuk akomodasi, tiket ke konsert dan makan pagi.









You Might Also Like

0 Comments