Kitsui Adalah Supplement Tambahan Kesihatan Yang Diyakini Untuk Kecantikan.

08:27



Angan-angan setiap wanita adalah mahu sentiasa kelihatan nampak cantik dan sihat baik luaran ataupun dalaman. Jika mahukan kekalkan kecantikan dan sihat bukanlah mudah kerana untuk mencari produk kecantikan yang serasi dengan kita bukanlah perkara mudah, kerana kita tidak boleh mengambil produk yang sembarangan. Alhamdulillah setakat ini aku masih setia dengan satu produk ini yang mana mudah untuk didapati dan tiada rasa was-was dan hasil kesan pengunaan secara konsisten ini meyakinkan aku untuk tidak mencari produk lain lagi.


Produk yang aku maksudkan ini adalah produk Kitsui yang mana ia adalah produk jenama tempatan yang telah bertapak di pasaran tempatan lebih daripada 20 tahun lamanya.Selain itu, di kategorikan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, selamat dan dijamin halal. Kesemua produk yang berada dibawah jenama Kitsui telah melalui beberapa ujian dan telah lulus dalam ujian keselamatan dan juga ujian makmal. Jadi di sini meyakinkan aku lagi untuk menggunakannya. Antara produk Kitsui yang aku amalkan adalah Kitsui Withie Snow, Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walid, Kitsui CocoXSlite, Kitsui Meal Replacement Plus, Kitsui Korean Whitie Plus, Kitsui Bellos Fiber dan juga rangkaian produk kecantikan wajah dari pencuci muka, toner, serum, krim dan lain-lain lagi. Korang boleh search di blog aku ini untuk mencari perkongsian yang pernah aku kongsi sebelum ini.



Semua produk Kitsui diilhamkan oleh alam semula jadi yang mana ia menawarkan pelbagai ekstrak semula jadi dan bahan-bahan yang berkualiti dari seluruh dunia. Produk Kitsui bertujuan untuk menawarkan keselamatan yang paling terjamin untuk kesihatan dan kesejahteraan produk semula jadi yang berkesan serta disokong oleh nasihat dan maklumat terbaik. Produk Kitsui dipilih dan diedarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Baik dan semua produk Kitsui dibangunkan untuk membantu wanita dan lelaki menyelesaikan masalah mereka dalam masa yang sesingkat mungkin.


Produk Kitsui ini dijamin selamat digunakan kerana kandungan di dalam setiap produk terdiri daripada bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai diambil oleh golongan lelaki dan wanita. Kitsui ini adalah sejenis makanan tambahan dan makanan tambahan Kitsui ini bukanlah kategori ubat-ubatan tetapi ia makanan tambahan kesihatan dan berfungsi untuk memberi nutrisi dan tenaga ke atas badan seseorang kerana bahan uatamanya terdiri daripada makanan harian kita seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Korang tidak perlu risau, kesemua produk keluaran Kitsui adalah bebas daripada bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan larangan yang mengganggu hormon dan kesihatan badan. 



Selain itu mereka juga, telah mendapat sijil halal dari kilang yang bertaraf GMP sebelum di pasarkan kepada orang ramai dan dipercayai terlaris di Farmasi Watsons serta Guardian. Sebuah jenama yang mengutamakan kualiti dan mematuhi piawaian industri seperti ISO, HACCP dan GMP untuk memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti tertinggi
  • HALAL
  • ISO 22000:2018
  • HACCP
  • GMP





Dedikasi 𝐊𝐈𝐓𝐒𝐔𝐈 terhadap kualiti dan kecemerlangan telah menjadikan mereka jenama yang bereputasi dan dihormati dalam industri suplemen kesihatan. Banyak testimoni positif daripada pelanggan yang berpuas hati dan membuktikan keberkesanan produk Kitsui dalam mencapai hasil yang diinginkan .
Jadi serlahkan kejelitaan korang dgn Kitsui dan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Produk Kitsui korang boleh layari

You Might Also Like

0 Comments