Pelbagai Aneka Juadah Pada Buffet Ramadhan Citarasa Bayview Hotel Goergetown, Penang
20:47Alhamdulillah kita semua masih diberi nafas untuk bertemu lagi pada bulan puasa kali ini. Baru-baru ini zya berkesempatan untuk menikmati bufet Ramadhan di City Bayview Hotel, Georgetown Penang. Bayview Hotel Georgetown kembali lagi dengan jamuan makan mewah yang mana menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan terdapat juga santapan menu bbq dari pelbagai rasa seperti pedas dan juga masa. Menu-menu ini disediakan oleh chef hotel yang hebat-hebat.
Para tetamu yang hadir pada Iftar Ramadan kali ini akan dapat merasai pelbagai hidangan seperti bbq station, live station, live station sup, cold items, salad, hot dishes, desserts dan minuman sejuk panas. Korang boleh rujuk gambar di bawah untuk menu-menu yang ada di City Bayview Goorgetown, Penang.
STESEN BBQ
Kambing Golek (bersama sos lada hitam, rosemary dan dan pudina), sosek ayam bbq, ikan bakar, satay ayam kuah kacang, sos bbq dan air asam.
STESEN LANGSUNG
Penang mee kari, penang char koey teow, sup ikan ala thai, sup ekor lembu dengan perasa, roti bawang putih, ais kacang istimewa, nasi biriyani kukus dalam kuali dan muar chee kacang.
MASAKAN PANAS
Daging harimau menangis, ayam geprek, udang vildaloo, sayur dalca, Chef Faizal gulai ikan kepala ikan salmon, ayam bercili kering, telur goreng hancur bersayur, sayur campur masak cendawan, nasi putih.
MASAKAN SEJUK DAN SALAD
Pasembor dengan kuah kacang, aneka jenis sushi,telur masin, cucur udang, ketupat,lemang, serunding daging, ulam-ulam tempatan, kicap manis, cencaluk dan sambal belacan cameron sayur-sayuran, ceri tomato, acar mentah, thai kerabu mango, kerabu kacang botol, kerabu daging, keropok ikan, udang, merinjau, cucuk lekor, sos vinegrettes, thousand island, ranch dan jeruk buah-buahan.
PENJERAHAN
Buah-buahan tempatan, kek, kuih-muih tradisional, cream puff jelly, bubur, ais krim, buah kurma dan kismis.
MINUMAN SEJUK PANAS
Ais jagung, bandung dan keladi manakala minuman panas ialah kopi dan teh tarik.
Mewah betul menu-menu di sini dan korang wajib bawa keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka di sini bagi memeriahkan suasana dengan pelbagai menu aneka. Harga bagi buffet Ramadhan di sini sangat berpatutan dengan hanya RM108 nett untuk dewasa, RM88 nett untuk warga emas 60 tahun ke atas dan RM68 nett untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun.
Buffet ini bermula dari 14 Mac 2024 sehingga 07 April 2024 dari 7.00 pm sehingga 10.30 pm di Kopitiam (Lobby Level). Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi +6011 5658 6030/ +604 263 3161 atau boleh emel kopitiam.bhgp@bayviewhotels.com.
0 Comments