SHELLOUT TERLAJAK MURAH DI HOTEL SENTRAL SEAVIEW, PENANG

by - 00:44


💥SHELLOUT TERLAJAK MURAH DI PENANG💥


Promosi hebat ini hanya datang sekali sahaja setahun.

Berapa harga yang terlajak murah tu?

Dengan kadar harga RM58 bukan untuk seorang makan atau per pax tetapi ianya adalah untuk 2 ke 3 orang makan dengan pakej pemandangan laut yang cantik lagi.


Mana mungkin boleh dapat tawaran harga sehebat ini dengan pelbagai jenis seafood seperti ketam, udang, lala, sotong dan sayur-sayuran seperti jagung, kobis bunga, dan carrot bersama kuah yang sangat lazat. Kesemua bahan akan dihidangkan dengan beralaskan daun pisang.






Baru-baru ini saya berkesempatan untuk merasai sendiri shellout siap menambah-menambah lagi nasi tau. Memang sedap kuah sambalnya yang pedas-pedas manisnya seiring dan secukup rasa. Berpuas hati dengan hidangan yang dihidangkan panas-panas dan seafood semuanya masih segar lagi.

         Gambar kredit dari abg rudy (mercik.com)

Luangkan masa sambil makan shellout dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa memang sangat seronok dan santai. Berselera betul semua makan sampai habis licin dan hati pun senang. Lepas ni sudah pasti saya akan repeat lagi bersama keluarga pula.

Gambar kredit dari abg rudy (mercik.com)

Promo shellout ini diadakan bermula sekarang sehingga bulan November 2024 dan sepanjang hari ada disediakan bermula pada 11.30am sehingga 9.00 pm. Tapi korang perlu buat tempahan sejam awal untuk mengelakkan sebarang kelewatan, kesesakan dan bagi memudahkan pihak hotel dan chef menyediakan makanan secara panas-panas kepada korang.


Tunggu apa lagi cepat pergi cuba sekarang bawa keluarga ataupun kawan-kawan ke Horizon Cafe, Hotel Seaview Sentral, Pulau Pinang.

Boleh rujuk video ini untuk maklumat lanjut.

🔥Ingat tau RM58 bukan utk 1 pax tapi untuk 2-3 pax

✨SHELLOUT ✨

❄️Harga : RM58 (2-3 pax)
❄️Hari: Setiap Hari (Sehingga November 2024)
❄️Waktu : 11.30 am - 9.00 pm
❄️Tempat : Horizon Cafe, No.555, Jalan C M Hashim, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
❄️Hubungi : 012-3574055 (untuk tempahan)




Facebook: Hotel Sentral Seaview, Penang
Instagram: hotelsentralseaview_penang
Tiktok: hotelsentralpenang


You May Also Like

0 Comments